Monday 17 November 2014

The End | Sem5

Assalamuaalaikum 

Apa habaq sedaqa sedaqi sekalian. Sedaqa sedaqi sekalian sihak dok? Ada sakit kee? ada demam kee? Huhu. Mudah mudahan cepat sihat yee. Sekarang aku tengah cuti sem dah nama pon cuti kan, keja laa woi. hehe. Org cakap masa muda nih laa kita nak grab pengalaman. Tak gitew? 


Ahaa dah masuk 20 hari dah aku keja. Keja pon boring sangat tahap terok. Haha tapi sokey sokey demi wishlist aku, aku kuatkan semangat jugak. uhukk. Tanggal 12hb hari tu sangat laa mendebarkan, mengecutkan perut, liang liang roma dan semonya laaa for student diploma UiTM 1Malaysia. Sebab apa eh? Sbbnya result dah keluaq. Pukul 12tgh malam tu pon actually dah bole check. Aku jee jenis penakut nak check. Haha. bilaa aku buka fb, moment, twiderr malam tu  semo dok update pasal benda ni dah. Stressss aku! Nak tidoq pon taksenang. Dalam hati takpayah cakap arr, doa sampai tertidoq *typical student nak amik result baru nak doa* Ampa jangan dok ikut laa yang takelok tu. Uhukk. Seriously, dari semester 1 aku takpenah check result malam thru email. Tunggu esoknya hari baru aku check, kali nih aku terpaksa check kat tempat keja sbb hari tu aku keja. Huhu huntong laaa ampa dok umah goyang kaki cukup bulan dapat duwet :p


Esoknya hari bila dah sampai tempat keja, aku siapkan keja aku dulu. Then baru aku check. Takut mmg takut, tapi apa apa keputusan pon kena terima arr. Huhu takkan nak buat gila meroyan takmau terima hakikat. Dgn berbekalkan ayatul Qursi and segala doa aku pon check laaa.Hehe Aku mmg tawakal dah time and nih untuk semester nih




And Alhamdulillah! Syukur sangat , time tu rasa macam nak panggil orang nak share happy aku, tapi realitinya aku sensorang kat tampat keja tu. Huhu. Then balik umah baru bgtaw mak ayah. Hepi sangat sangat tengok mak ayah senyum lebar. Kebahagiaan mak ayah takbole beli dengan duwet sai-yang!


And and and jgn lupa Nad a.k.a Tokcot mesej aku tanya pasal result nih, and dia cakap dia DL jugak. Wahhhhh Alhamdulillah, rasa time tu nak keluaq sekali makan puas puas. rasa macam semalam baqhu habeh exam. arkkk! Tahniah sai-yang, you deserves that. Dia laa only one member kelas zaman sekolah yg still dok contact bila dah start sem and kami akan gelak terok bila cakap tepon and dia paham sangatt bila aku buat "CallMeBack" dia selalu akan call balik sbb dia taw aku takdak kedit Hehehe Seriously rindu zaman gegila dulu!

Okay laaa. nih jaa kot untuk penghabisan semester5. Sem yang banyak main dgn ayaq mata. Huwaaaaa okkk buat terokkk. Bubye. Nakk balik umah!

Assalamuaalaikum
Jaga diri sai-yang!
Doakan aku selalu 
Jzkk

Sunday 28 September 2014

Hashtag Final Exam

Assalamuaalaikum wbt.


Awakk awakk semua sihat ke ? Dah lama rasa aku dah tak update belog. Campuq tolak lebih kurang 79 hari jugak laaaa. Mak aiiii. dah 2bulan lebih. Dalam 2bulan tu macam macam benda yg jadi. Ada yg hepi ada yg tqeyak. Huhu. Biasa la kan, adat hidup laa ada turun ada naik kan kan. Cuma depends kat diri sendiri jaa macam mana kitee nak hadapi nyaa kan.



Sebenarnya kann, aku taktaw nak update apa malam nih. Hahaha. Td bukan main macam macam aku nak update, Tetiba jd blank cenni. Huhu. Life aku kat sini okay okay jaaa. Macam student lain jugak. Sekarang nih dah musim #finalexam. Ptg td aku baru abeh second paper which is Malaysia Eco. First paper hari tu Human Resources. Hmm, masuk semester 5 ni dah banyak yg berubah. Dari ke bilik, roomate sampai laa cara aku study. Kadang kadang aku sedih jugakk. Rasa macam aku sesorang jaa. Ya arr. Setiap kali ada test, quiz memang dah jadi kewajipan laa aku keluaq dari bilik and study tempat lain. Hmm. maybe salahnya dtg dari aku sbb dah jenis aku bila aku study, aku takbole dangar bunyi . Rasa macam otak aku bercampuq. Hahaha. Nak habaq kata terok sampai tahap macam tu. Hahahah. 

Sokey sokey, inshaaAllah, Allah tolong aku. Allah banyak mudahkan urusan aku. Dulu time aku part 1, 2,3 selalu jugak bila final jaa mesti penuh bebudak dekat bilik study, surau. Dlm hati aku time tu terpikir gakk, cenna la depa nih study. Apasal tak study dlm bilik jaa. Dulu aku selalu pikir nak dtg bilik study or surau nih susah laa pastu bercampur dgn banyak orang. Better study dlm bilik. Tapi sem nih baru aku nampak napa certain student akan study selain drpd dekat bilik. Betol cakap orang, kita akan paham bila kita alami sendiri benda tu kan. Alhamdulillah, mungkin dulu aku dok level atas, jadi aku akan rasa susah laa nak turun naik ke bilik study, tapi semester nih Allah permudahkan urusan aku, Allah letak aku level bawah. dekat dgn surau, bilik study sbb Allah tahu dan Allah kenal kemampuan diri kitee. And then, bila dah terbiasa study sana rasa macam tak bole dah nak study kat bilik. 

Bole dikatakan satu sem nih aku study dekat bilik study tak pon dekat surau. Sepanjang musim #finalexam nih memang aku akan bangun awai, pastu gerak p bilik study takpon surau, then kul 3pg plak baru balik bilik. Huhuhu. Bukan aku sorang jaa, banyak lagi bebudak study sana and ada yg dah jadikan surau tu tempat tinggal tetap kat sana. Hahaha.. And everything going smoothly sampai dah final exam pon still melekat kat sana, kadang kadang sampai tidoq sana baq hang. Huhu. Dua hari kot aku taktidoq atas katil, dua hari aku takjumpa bantal ulat aku. Semua sacrifice tu demi paper ECO yg ptg td tue. Huhuhu. Bukan nak kata laaa, semua member member aku study hard kot untuk paper Eco nih. Alhamdulillah, ptg td exam, bole laa jugakk kitee buat. Takdakk laa sampai kosong teruih otak nih bila tengok paper.

Then, malam tadi keluaq makan dgn Kak Dian, Hawa, Mira. kitee makan char kuey teow ayam. Agak sedap laa. Rasa macam char koey teow lerrr. Pastu balik tu, aku kemaskan baju baju aku, settlekan yg mana kena basuh sbb berapa hari nih asyik tengok buku jaa, sampai yg lain pon terabai. Huhu. Dah taw dah jenis cenni, takmau laaa kahwin time study. Hahaha. Tetiba mention kawen. Sapa nak kawen nih woiii?! Huhuhu. Esok bajet nak pikiq jadual untuk allocated hari nak study untuk paper Finance and Organizational Behaviour. Ada gap 9hari untuk next paper. Tapi inshaaAllah khamis or jumaat nih aku balikk umah. Ahad kan ghaye haji. Lama woii aku tak balikk umah. Rindu orang langkawi sesangat. 

Nih jaaa lahh untuk pagi nih. Aku dah taktaw nak taip apa, Mengantok dahh woii. Ingat nak tidoq awai laa tadi, tapi dok mengarang yg nih plak sampai pukul 3 pg. Aigoooo




Bye. Assalam. Doakan kitee kitee dekat sini yee  :)


Friday 11 July 2014

Fasa baru. Aouchhhh =)


Assalamuaalaikum wbt.





Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk bernafas lagi hari nih. Pesan Imam Ghazali, "..Allah menghidupkan aku hari ini, sebab masih banyak dosa aku dan beri peluang untuk bertaubat.."

Apa khabar sayang sayang sekalian? Rindunyaa serious rindu sebab last aku update time cuti semester hari tu, update pasal result. After that, dah takdapat nak update apa apa, sbb my laptop rosak, keyboard buat hal. Takbole tekan bagai. Haishhh. Padahal banyak kot aku nak update time cuti semester dulu. Aku masak macam macam. Nak update la konon sbb gambar apa semo dah amik, tp laptop plak buat hal. Huhu. Sokey sokey, maybe takdak rezeki aku kot time tu kann..

Ampa semo dah sahur ke? Soq makan apa ja? mesti makan best best kan. Huhu. Aku kat sini ja makan taktentu hala. Yang pasti air milo memang dah wajib bila sahur. Tadi aku buat cornflakes plus air milo. Cuba cuba ja ganti dgn air milo. Hmm, not bad laa. Alhamdulillah. Selalunya milo cicah roti kering ja. First time la semester nih aku tak makan nasik. Sebab selalunya aku akan prepare nasik tgh malam tu untuk makan soq. Dulu aku ingatkan kalau takmakan nasi, nanti siang mesti letih plus taklarat nak buat keja apa apa. Tapi sem nih lain sikit. Selama 14 hari puasa nih aku makan nasik bila time berbukak ja. Hee. Bila pikir balik, ada baiknya jugak. Haha. Kita tengok result time raya nanti. Heee.

Dah sebulan lebih dah masuk semester baru. Sekarang aku dah semester 5. Kiranya dah 2tahun lebih aku study sini. Cepat ja masa.  Alhamdulillah, everything going smoothly. Bohong sangat la kalau takdak apa apa dugaan. Setiap orang dugaan dia berbeza beza. Setiap semester dugaan dia lain lain. Depends pada diri nak hadapi macam mana kan kan. Cuma mudah mudahan semester nih berjalan dgn baik. Subject subject sem ni memang tough, biasalah dah part 5, takkan subject makin senang kan, Huhu. Ada lima subject which is, Investment, Malaysian Eco, Creative and Critical Thinking, Human Resources and Organizations Behavior. Majoritynya semo kena hafal baq hang. Persoalannya mampu ke lagi otak aku menerima input input semo tu? Huhu. Yang penting kena prepare kismis. Tu pon membantu jugak, Serious ! Hokey, minggu lepas aku baru ja abeh exam muet. Ntah apa la yang aku jawab. Haha. takmau pikir, yg penting yang tu dah settel. Hee. Mudah mudahan result okay la ye. Aamin. Letih jugak la kena ulang alik dari Merbok - Langkawi. Huhu.. Nvm, tu semo pengalaman. Maseh la kat Fitri , sbb encourage aku untuk buat muet time cuti dulu. Hukhuk. Sekarang nih dah takmcam dulu. Aku duduk kolej Mahsuri plak. Semo senior stay situ. So, memandangkan rumet rumet aku yg dulu pon dah duk umah sewa, tinggalah aku sorang sorang terkontang kanting kat kolej. Haha. Semester baru, rumet baru. Buat masa sekarang takdak apa lagi, Alhamdulillah, semo rumet okay. Aku dok dgn Aqilah semester nih. First tu memang macam takut jugak sbb rumors said, majority yang duduk dgn classmates ni mesti akan bergaduh. Aku takut benda tu jadi. Mudah mudahan Allah jaga ukhwah kami nih. InshaaAllah. 

Okay ! Dah settle pasal study, kolej bagai. Now, nak bagitaw, Aku dah dua puluh tahun woi, dua puluh tahun. Haha. Tanggal 3July, *tanggal kau* Haha.. pukul 12.00a.m, secara rasminya status umo aku bertukar kepada puluh puluh. Aaummm. Fasa baru, alam baru. and aku nak jadi someone yang baru. Haha. Aku impikan permulaan 20tahun nih akan jadi kenangan terindah untuk aku dan dah tiba masanya aku perbaiki diri. Takkan selamanya kita nak di tahap yang sama kan? Orang yang berkerja pon akan naik pangkat bila tiba masanya, so sama la kita as hamba which is hamba kpd Allah S,W,T. Takkan kita takmau upgrade level kita disisi Allah kan sedangkan kita akan kembali kepadaNya dan itulah yg kekal. Takdapat hidayah lagi?? Awakk, ini bukan masalah takdapat hidayah ataw tak, ini semo depends pada kesedaran diri sendiri, hidayah Allah dah sampai lebih 1400 tahun dulu, cuma kita ja tak sedar. Aku selalu ingat ayat nih, paksa diri buat kebaikan, sbb dari keterpaksaan inilah akan lahirnya keikhlasan. Kalau nak tunggu kita ikhlas, sampai bila? Mana taw umor kita takpanjang. Kita nak jawab apa kat sana. Aku pon takbaik mana, ada ja salah yang aku buat tiap tiap hari. Tp kita boleh improve diri kita melalui kesalahan yg kita buat okk. Semo orang bole jadi lebih baik, semo orang ada peluang untuk memperbaiki diri. Hargailah peluang yg ada disekeliling.

Okay okay. Aku dah ngantok sangat sangat nih, malam td tidoq pukul 3pg taw dak. Then, bangun kul 5:30 pg sebab dok siapkan asaimen investment. Huhuhu..letih. But, wait a minute, meh tengok gambaq gambaq kami dulu. Kami release tension macam nih. Hahaha. 












Okay. Nanti aku update palu palu lagi kk. Hewhew.
Ahaaa ! Jgn lupa mohon doakan saudara kita di Gaza. Hanya doa yang kita mampu :'(
#Pray4Gaza #Pray4Palestine #Pray4Syria dan untuk semo umat umat Islam di atas muka bumi ini. 

Assalamuaalaikum :)






Saturday 31 May 2014

MUJAHID & MUJAHIDAH =)

MUJAHID & MUJAHIDAH yang patut dicontohi. 
Masing-masing telah pergi menghadap Ilahi dalam usia 20 tahun pada tahun 2013. Luangkan sedikit masa untuk menghayati kisah mereka berdua. Semoga ia bermanfaat untuk kita bersama.

~Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam~

Beliau digelar oleh sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid yang tertangguh”. Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya 2 Nov 2013 di Istanbul, Turki.

Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.

Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz.

Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.

Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria.

Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria. Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”.

Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik. Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu.

Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari. Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari? Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain?

Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah.

Taqdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’:

“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. Malah catatan terakhirnya dan di masukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi:

“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”

Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulan. Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara.

Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya. Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini.

Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masya Allah Tabarakallah!

"Kematian Ahmad Ammar telah menyentuh satu bahagian dalam diri saya yang tak mampu disentuh oleh tasawwuf mahupun rasional. Bukan hati dan bukan akal. Tetapi sesuatu. Saya yang fakir perkataan, menamakannya sebagai 'ammar'." - Ust Hasrizal

~Siti Hajar Binti Ahmad Sabir~

Mujahidah yang bernama Siti Hajar Binti Ahmad Sabir . Allahyarhamah adalah seorang pelajar UTEM dan telah pulang ke rahmatullah pada 20 Januari 2013 dalam usia 20 tahun setelah bertaruh nyawa selama 2 minggu di hospital akibat kemalangan bersama 3 orang sahabatnya . Di bawah ini kronologi hari-hari terakhirnya yang ditulis sendiri oleh ibunya iaitu Puan Nuraini Che Mat .

6 Jan 2013 (Ahad)

Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)

Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)

Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)

Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)

Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)

Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.

Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.

Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)

Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.

Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013 (Ahad)

Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14 Jan 2013 (Isnin)

Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)

Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget – masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.

Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013 (Rabu)

Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.

Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013 (Khamis)

Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)

Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.

Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)

Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)

Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang, ( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya.

*Kisah pemuda-pemudi pada jalan Illahi, sedang kita sedang melalui jalan yang bagaimana. Allah.

Wednesday 14 May 2014

Semester 4 | The End

Assalamuaalaikum awakk awakk sekalian. . .

Sihat kahh ? Kalau sihat, Alhamdulillah, yang kurang sihat tue aku doakan ampa cepat sihat kk. InshaAllah. Entry aku pagi ni, err tak pagi sangat la dah pukul dua belas lebih. Haha. no wonder aku rasa panas semacam ja.. Rasanya dah lama aku tak update blog ni, banyak kisah kisah yang aku tertinggal, nanti camna anak cucu aku nak baca. Huhu. Maybe kat kolej dulu aku busy sesangat tahap maximum sampai tak sempat den nak update blog. Serious, busy sangat sangat semester 4 ni. Buktinya, tengok la, before entry ni aku sempat update bulan Feb hari tu ja. Sekarang ni dah bulan Jum oiii.

Its okay its okay ! First of all aku kasi taw, now aku ada dekat Langkawi, tengah cuti semester. Result baru ja keluaq 9hb 5 hari tu. Hehe. Nak taw berapa? Hehe. Nanti aku cerita, kita p one by one dulu okay. Apa yang bole aku konklusikan untuk semester 4 ni, kalau aku tak usaha, memang aku lose everything. Bole kata semua subject membaca dan menghafal. Hmm, yala memang yang ni aku nak waktu isi UPU dulu. Aku memang nekad takmau dah subject subject calculation sbb aku taw tahap kemampuan aku. Huhuhu.

Nak kata aku nangis banyak semester 4 ni, rasanya taksangat. Maybe dah pandai control emosi kowt. Aicehhh..Tp aku mengakulah, setiap sem aku teqeyakk. Huhukk. That thing bole buat aku lagi kuat. Serious. Tapi bukan la aku p melalak kat orang, Aku teqeyak sorang sorang aku la..cover gitew. Salah satu subject yg killer business law la. Seriously, aku salute sangat sangat dekat peguam peguam yang dalam kategori baik sebab depa ni bole hafal fakta without any changes. Susah ampa taw bila budak bisnes nak kena campuq dengan undang undang bagai. Bisnes ni takdak la fakta sangat, at least bole la jugak goreng goreng yang mana patut. Hehe. Test 1 Law aku terok kot. Huhu. tapi bole dikatakan majority, student business memang tak bole nak masuk dengan undang undang. Time nak final exam tu, semua orang rasa benda yang sama. Tapi member member aku semua sporting sporting belaka, siap ada tajuk spot lagi. Hahaha. Aku memang bila time study, aku akan bajet masa, so nanti aku takdak la kelam kabut kan.. Huhu. Gua taksuka buat kerja last minute, taksuka taksuka *sambil hentak kaki* Hahaa. and that day, punya la nak hafal ni, aku keluaq dari bilik, p dekat lorong sebelah bilik aku. Kat situ sunyi tapi ada bunyi angin and bunyi air. Maunya takbunyi air, lorong tu dok sebelah bilik air. Hehehe. Hafal dan hafal dan hafal, sampai la aku boring ataw lapaq, aku masuk bilik plak. And macam tu la kitaran hidup untuk hadapi paper Law 299 !

Time final exam hari tu, paper Law awal, then, gap seminggu baru ada plak next paper. Tu yang semua orang pulun baca sampai rasa macam nak rebus ja notes tu, pastu telan. Dengan harapan akan ingat la semua nota nota tu...  *konon* Tapi takdak sorang pon yang buat, nak mampos ! Hahaha.. And bila habeh ja jawab paper Law, Ya Allah, rasa lega tu hanya orang yang jawab paper tu ja rasa macam mana perasaan. Tak pikiq result dah, yang penting paper tu dah settle. Result kita tawakal ja... Put your effort and left the rest to Allah S.W.T kan kann . Settle ja paper tu focus untuk tiga paper lagi. Nampak macam sikit tiga paper ja, tapi ampa taw dak nak habeh tiga paper tu pon memang sakit banyak la. Huhuhu. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjaya dihabehkan. Jazakallah to those yang sentiasa ingat nama aku dalam setiap doa kalian. Hehe.

And result dah keluaq 9hb hari tu, sebelom result keluaq ni, ampa taw la kan macam mana perasaan. Aku rasa semua student rasa benda yang sama.Padahal kita taw, bila kita check ja result, perasaan, takut, gementar, ketaq dan semua yang sama waktu dengannya akan terus hilang and diganti pulak dengan perasaan gembira ataw sebaliknya. Before aku check, aku suka pikir macam macam sampai malam 8hb tu aku takbole tidoq..  Huhuk.. punyala nak habaq terokk nya perasaan ni. Hahaha. Hari yg result keluaq ni hari jumaat, bulan ni hari jumaat ada kuliah duha dekat Bagunan HIG. Aku bawak mak aku p, then balik dari situ baru aku check. Bila aku nak check ja, penuh budak budak duk update status pasal result, ada yang hepy, ada yang sebaliknya.. Then, aku check ja, apa apa keputusan aku redha ja sebab aku dah usaha semampu aku dah. Apa lagi yang mampu aku lakukan selain tawakal kan..... Taraaaaaaaa..


ALHAMDULILLAH ! Aku bersyukur sangat sangat.Time ni, mak ada sekali, terus aku bgtaw kat mak. Taktaw macam mana nak cakap. Aku rasa lebih bersemangat lagi nak masuk semester baru. Hehe. Aku sedar, mesti akan ada banyak lagi dugaan. Tapi aku kena jadi perempuan yang kuat, sebab ni baru diploma, panjang lagi perjalanan aku kalau Allah izinkan. Aku nak penuhi impian Mak. Tue cita cita aku. Takdak apa yang mustahil kalau kita beriringan dengan usaha yang gigih. Allah akan tolong ! Aku selalu bayang bila kegagalan datang dalam hidup aku. Kuatkah aku nak hadapi? Tapi bukankah kegagalan yang membuatkan seseorang  tu boleh berjaya? Bukankan pengajaran itu guru yang terbaik? Ya, aku sedar, tak selamanya kita akan diatas, ada masa kita dibawah, cuma mudah mudahan bila tiba masa aku dibawah nanti akan ada orang yang sudi bersama sama dengan aku dan tak jemujemu bagi semangat dekat aku. So, dengan rasminya SEMESTER 4 TAMAT ! Hehe

Ermm. Okay lahh. Ni ja aku nak sampaikan buat masa ini *aiceh dah macam ayat dalam buku baq hang* Haishhh.. Aku letih dah nak menaip. Huhuk. Nanti ada masa aku coretkan dalam next entry hokeyy !

Doakan aku ya. 
Jazakallah =)







Friday 14 February 2014

Tadi punya cerita =)

Assalamuaalaikum semo !

Wahhh. Lama bebenor aku tak menaip woi. Busy terokkk. Huhuhu. Ni aku baru settle asaimen Finance. Sem ni padat sangat dengan subjeknya yang tough tough. Law, Finance, Public Relation, Information Technology. Sekarang ni dah minggu ke-10. Belajar sampai minggu ke-14 saja which is, lagi lima minggu dan nak final exam tambah dengan minggu study week. Ya Allah. boleh ka aku cover 4 subjek tu dalam masa 5 minggu. Kadang kadang aku takut aku tak mampu. Bohong sangat la kalau aku terpikir pasal "repeat subjek" bagai semo tu. Hampir setiap hari akan muncul kat tunjang otak aku ni kot. Tambah tambah subjek LAW. Aku cakap cenggini tak bermakna aku tak paham apa apa. Alhamdulillah, test plus quiz yang lepas lepas aku agak bole jawab. Takda la sampai blur. Tapi perasaan takut ni selalu ada kat hati aku. Tambah tambah bila time balik kelas and aku naik tangga sorang sorang balik bilik. Time tu macam air terjun pikiran aku ni fikir nasib aku kat sini. Haihhhh. And at the same time hati aku akan automatik kata " Alia, hang kan kuat" Huhuhu Tapi aku tak lah sampai pressure. Alhamdulillah, aku masih dalam kawalan. Hehe. Aku percaya Allah tengok effort kita. Aku percaya dan aku yakin setiap ketentuan Allah ada hikmahnya tersendiri. Tugas aku sebagai pelajar cuma belajar, yang lain aku serahkan semuanya pada Allah sebab bila aku sedih sorang sorang hanya Allah yang dengar rintihan aku dan percayalah akan ada perasaan lain bila kita betol betol mengadu pada Allah. Serious !

Okay deh. Siang td aku keluar makan pizza ! Hah ! At last tercapai jugak hasrat aku nak makan pizza. Tak bole jadi otak aku ni asyik dok pikiq pizza pizza dan pizza ja minggu lepas. Hahaha. Okay la. Tiba masa untuk guwa tido. Hehee.

Bubye. Assalamuaalaikum. Jaga diri. Doakan aku kat sini ya.
Thanks =)

Before keluaq mkn Pizza. Hahaaha >,<



Thursday 2 January 2014

Aku tahu apa yg aku mahu | 2014

Assalamuaalaikum w.b.t

Hari hari atau detik detik yang berlalu sangat cepat. Sedar tak sedar, sekarang ni dah masuk tahun baru. But, kalau ikut takwin Islam, kita dah lama masuk tahun baru which is Muharam..kan.  Tapi memang dah menjadi kebiasaan setiap manusia, bila masuk tahun baru ja. Pasti akan ada azam baru. Kalau nak ikutkan, lebih elok setiap hari kita cuba memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Tak kira whether tahun baru ataw tak. Tapi takpa, atleast kita ada azam. Bila someone dah ada target, pasti dia akan usaha untuk capai target tu. Allah sayang orang yg selalu berusaha untuk kebaikan.  Tapi takperlu la rasanya kita sbg Muslim ikut sambut NewYear kann. 

Okay la. bila tanya pasal azam pasti ada orang akan cakap "harap tahun ni lebih baik dari tahun lepas". Majority semua akan harap hal yang sama kan.. Tapi lebih baik ataw tak tu depends pada diri kita sendiri. Kita sepatutnya kena ada effort untuk ubah diri kita ke arah yg lebih baik. Nak berubah tu senang, tp nak kekalkan perubahan ataw untuk istiqomah tu agak mencabar. Semangat kita ni akan ada turun naik, kadang kadang kita bersemangat nak jadi lebih baik pada hari sebelomnya, tp kadang kadang akan jadi sebaliknya. Bila jadi keadaan macam ni, motivated diri. Apa yg kita harapkan sebenarnya? Apa niat kita yg utama?. Kena selalu bagi motivasi kat diri. Aku pown manusia biasa gak. Perasaan happy, sedih, stress, tension semo tu aku takkan bole lari kan.. Tambah tambah tanggungjawab as student. Jadi aku sangat sangat perlukan orang sekeliling aku yg selalu bagi support kat aku tak kira la waktu aku okay ataw down.  Aku suka ayat ayat ataw kata kata yg bagi aku semangat, sbb tu kalau rasa down, aku suka baca kata-kata mcm tu, takpown aku akan ingat balik, family, ataw kawan kawan yg nasihat aku. Kadang kadang kita takperlu orang dengar cerita kita, kita hanya perlu duduk sorang sorang, muhasabah diri. InsyaAllah, dgn cara ni kita akan lebih kuat untuk hadapi segala ujian, cabaran yg akan datang. Ingat selalu dalam hati "Allah kan ada" dan Allah pernah berfirman :

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (QS. Al Baqarah 286)

Janji Allah itu pasti kan =)

Kalo nak flashback balik moment moment 2013. Rasanya tak banyak sangat aku nangis kot.Hehe. Result aku Alhamdulillah, okay, kesihatan aku still okay. Hehe. Family, kawan kawan, semuanya dalam keadaan baik, sihat. Alhamdulillah. Cuma satu ja, seorang kawan penah pesan kat aku masa result spm aku baru keluar dulu. He says " Buat keputusan elok elok untuk masa depan" . Yup, sampai sekarang dan sampai bila bila aku akan ingat pesanan ni. Aku akan buktikan kat dia, aku dah buat keputusan yg terbaik. InsyaAllah.

So, untuk tahun 2014 ni mudah mudahan aku mampu untuk hadapi segalannya.
Azam aku ? Hmm, biarlah aku ja tahu, apa yang aku mahu, Hahaha.


Doakan aku ya dapat hadapi sem4 ni dgn baik ya.
Assalamuaalaikum. Terima kasih =)



Cuti Cuti Midterm =)

Assalamuaalaikum w.b.t


Okay. Sekarang ni aku tengah holiday kat rumah. Dua minggu cuti midterm. Tak rasa macam cuti pown sebabnya setiap subjek ada asaimen. Better takpayah bagi cuti. Kerja bole siap dalam seminggu kalau dok kolej, Ni balik umah, dah dekat dua minggu, tak complete lagi asaimen aku. Hehe. But ada yang dah siap, cuma sikit sikit ja. Takkan lah aku nak biar semo taksiap. Aku yang terok nanti. Huhuhu. So, dah nama pown cuti, terok sangat la kalau tak keluar jenjalan sana jenjalan sini ye dok. 




Firstly, before sampai Langkawi, aku dah jalan jalan dah. Hehe. Mira ajak p umah dia. So, aku tido la umah dia semalam. After sampai umah dya., petang tu dia ajak p Pantai Murni. Aku follow ja, nak tengok gak, Pantai Murni ni cam na kan.. Ada budak budak melepak, family bawak anak anak main playground, orang orang duk menjual makanan. Then dah puas makan angin, snap snap gambar sikit sikit, kami pown blah dari situ. Tak jauh beza macam kat Langkawi.  Malam tu before tido, aku dgn Mira tengok cerita Korea. Pehh. baru gua rasa best cerita korea bila ada orang teman tengok. Hahaha.. Esok tu kami p cuci cuci mata kat mall. Bila dah masuk mall, takkan tak beli apa apa kan. Memang cari jalan nk abes duit la kalau masuk mall tu. Haha. Aku borong beg, kasut untuk mak, sebab esok tu besday mak ( 21.12), McD dan lain lain. Hahaa. Dah abes jenjalan kat Mall, Mira hantar aku kat Jeti Kuala Kedah. Then, aku terus p kaunter amik tiket. Dalam hati aku, taksabaq gila nak sampai umah Waktu tu memang aku rindu gila kat umah. Hehe


Ni pic kat Pantai Murni =)


Secondly, Bila dah sampai Langkawi aku jenjalan lagi. Hehe. Kawan aku ajak P Padang Besar. Tp kami takjadi pi situ pown, tukar plan, p Wang Kelian. Tu first time aku jejakkan kaki kat situ. Kami p hari tu time hari Ahad. Kalau hari Ahad, semua orang yang p situ bole masuk ke Thailand except orang putih. Depa kena beratur dulu before masuk situ. Tapi bukan maksud aku hampa bole jelajah Thailand hari ahad. Just boleh jalan depan sikit  tue ja. Kalau hari hari lain, kena guna boarder pass Area tu semo orang duk meniaga. Seriously, memang panjang sangat sangat. Kalau nak p situ, better sediakan mineral water. Hehe. Letih jalan sepajang kedai kedai tu. situ kan dah sempadan nak masuk Thailand. First time la kiranya aku p oversea. Hahaha. 


Barang barang situ murah sangat sangat, tapi kalau nak beli pisau, periuk, bole la nak borang situ, murah sangat sangat. Hah ! bear bear yang depa jual pown murah gila. Dua kali ganda kowt kalua kat sini. Tp taktaw la kalau kalau ada perbezaan antara bulu bear tue. Aku tengok sama ja. Tapi seriously, murah, aku tengok sekali macam nak beli dah time tu, pastu member aku cakap, "tekpayah beli, nanti malaikat tak masuk bilik" Hmm, terbantut niat aku. Memang la, mak aku pown pesan jugak dulu, kalau ada bear kat bilik, nanti malaikat tak masuk. Then aku beli bantal kaler pink, tp ada muka hello kitty. Hehe. bukan untuk aku. Aku hadiah kat Lisa. Kebetulan, hari tu besday dia. Dah abeh borang, kami pown blah dari situ. Tapi apa yg aku nampak kat situ, ada beza antara orang sana dgn kita. Walaupun Islam, tp bagi aku tetap ada beza dgn kita kat sini =)

Then kami singgah masjid dekat area situ, solat zohor. Pastu kami terus p pekan Arau. Saja jenjalan situ, p Cmart cuci cuci mata. Dalam dok cuci cuci mata tu, aku ternampak kain sut. Comel sangat sangat kain dia, dah la kain cotton.  Mula mula aku dah niat nak beli, tapi aku biar ja dulu. Jalan jalan lagi, jumpak plak tudung. Tudung jenis baru pak tu. terbang RM15 kat situ. Hehe. Dah dapat tudung, aku pown terlupa kain sut tu. Kalo tak terbang plak duit aku RM84. Huhuhu.. Before sampai Arau tu kami jenjalan kat Tasoh Lake, snap gambar sikit sikit. Cantik view kat situ. Tenang ja bila tengok air dalam tasik situ, angin pown kuat jaa..  

Then dah petang, kami otw balik Kuala Kedah, Nak balik pown ada dugaannya. Haishhh. Target nak naik feri pukul 7mlm kan, tapi 6.30 ptg baru bertolak balik dari Arau. Gila tak gila kerja ni. Memang rushing gila time ni, dalam hati masing masing dok berdoa mudah mudahan sempat sampai kuala kedah. Bila dah sampai kuala kedah tu, punya la nak cepat, aku ditinggalkan tepi jalan, nak cepat la katakan. Kena ada strategi..Haha. sebabnya member aku nak p letak kereta, so, aku p beli tiket, jadi senang cepat sikit kann. Aku pown sekuat tenaga la, berlari ke kaunter, takut tiket abeh. Tengok tengok ada lagi orang dok beratur nak beli tiket. Hmm. Buat lelah aku lari ja. 

Then dah settle semo. Hampair satu jam setengah. Kami selamat sampai kat Langkawi. Hehe. Dalam hati, aku happy sangat sangat, sbb member yg aku keluar ni semo, member aku dari aku kecik, kawan sekampung dgn aku =)




Okay la. Ni saja trip aku sepanjang cuti midterm ni. Cuti semester ni mungkin jenjalan lagi. InsyaAllah. Jadi, hampa doakan aku k. Hehe. Okay la. aku nak update untuk tahun 2014 plak. Ni semo cerita tahun lepas. Haha. Bubye. Assalamuaalaikum =)