Wednesday 18 December 2013

Sunnah jadikan amalan =)

Assalamuaalaikum.

7 SUNNAH HEBAT !

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua. 



P/s: Saya juga hanya copy dr sumber lain. Mudah-mudahan ianya memberi manfaat untuk kita dalam memperbaiki diri menjadi lebih baik. InsyaAllah :)

Wednesday 23 October 2013

Jalan-Jalan pusing KL ^,~

Assalamuaalaikum

Untuk yg kedua kalinya aku post waktu duk kat KL ni. Alaaa. Bosan hari ney, xp mana-mana. Duk umah ja.. Bosan bosan bosan ! Asyik on off laptop ja. Hahaha.

Apo eh nak cerita. Aha! Aku dtg sini dengan sepupu aku. Kak aku dah bertukar kerja kat Putarajaya sekarang, hari tu kami ikut dia balik la sekali dgn ayah sedara aku. 9 Hari kami disini means sampai hari Isnin depan. Hehe. Masa hari 1st xp mana-mana pown sbb sampai rumah pown dah kul 9 lebih, sampai umah. tido jaa.

Hari kedua. Kelmarin la, Kami keluar jenjalan p KLCC. Sebenarnya aku dah penah dtg dah sini, tp macam tak dak tempat lain dah nak p. Huhu. Teringin nak p Taman Tasik Perdana. Hurmm.. Kami amik gambo kat taman situ, tengok tengok gelagat manusia. Hehe. Ada yg dating, ada yang datang dgn family, macam-macam orang aku jumpa kat situ. Then kami  masuk dalam mall situ, jalan-jalan pusing pusing sampai lenguh kaki aku. Hahaha.. Ingat lepas p KLCC nak p Masjid India, tapi bila keluar ja hujan turun dgn lebat sekali. Apa lagi, aku dgn sepupu aku lari la masuk KLCC balik, tiga kali kowt wehh kami keluaq masuk KLCC tu. Adoii ! Nasib baik la tempat tu ada banyak level, kalau tak nampak muka kami ja. Hahaha. Habes semo level kami terokai, sampai la satu tempat tu sunyi weh, yg ada cuma escalator yg guna sensor tu..Tak kan ampa xtaw ??? Hahaha. :P

Macam-macam orang kita bole jumpa kat situ kan. Kalau dtg KL, aku selalu bayang macam dalam novel novel yang aku baca. hahaa. KL ni like real life la, ataupun realiti sebenar kehidupan. Ada orang kaya, ada orang yang kurang berkemampuan,, ada anak-anak yang dijadikan untuk minta sedekah. Ada orang asing. Aku sendiri rasa xselamat bila stay kat sini. Hahaha. *guane nokk kije jauh jauh ni* uhuhuhu :(  Maybe kat Langkawi, aku xnampak sangat hal-hal macam ni kan.. Kat Langkawi pown ada situasi mcm ni, tapi xbanyak.. Semalam pown ada orang tegur kami, dia tanya nak beli fon tak ? Aku dah seram dah time tu. waktu tu aku xcakap apa dah. Aku tunduk ja, Kami diam. Pastu orang tue terus blah dari situ.. Aku sempat lg tengok fon, yg dya pegang tu, kalau xsilap S4, tapi xtaw kalau aku silap tengok, sbb time tue malam... Bagi aku kalau kita xbalas balik apa yg orang tu tanya, xpa... Dia xkan kacau dah. Tu bagi aku, bagi ampa. aku xtaw. Hahahaa. Sbb aku pown takut nak cakap dgn orang yg aku xkenal woii. Hahaha..
Tapi kan, kalau orang yg nak pndah ataw berhijrah ke KL ni, hati, iman kena kuat taw, sbb iman yang kuat mampu untuk bimbing kita kan. InsyaAllah :)

Okay lerr . Jom tengok pic hari pertama kami jenjalan kat sini. Weeeeee ^,~

ampa rasa aku duduk kat kerusi btol ke tu? Hee. ^^
ni kat kedai apa tah.
aku main snap ja. Yg penting background dia omei. Haha kan kan .
Semo tempat jd port kami snap gambar. Haha :p
Ni kedai choco. Even aku peminat tegar chocolate,
tp aku tak la teruja dgn chocolate kat sini.
Langkawi lg manyakk maa. Hehee..
Menara KLCC yg megah berdiri -,-

Taman Suria KLCC .

Oriteeeee ! Nanti gua update lagi. Ni baru hari pertama keluar. Lama lagi aku kat sini. Heee.
Bubyeeee . Assalamuaalaikum =)































Friday 18 October 2013

EidulAdha =)





Assalamuaalaikum.

Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya EidulAdha .I'm back ! heeeee. Lama kan aku jenguk blog ni.. Oritee oritee, Aku akan cuba taip sebanyak yg mungkin. Banyak yg aku nak cerita kat ampa ni taw takk !!  Macam-macam jadi masa kat uitm. Ada kisah sedih, ada kisah hepi, ada masa aku geram sangat-sangat kat berokkkk tu, ada masa aku tersenyum. Tapi tak mungkin aku bole taip seketul-seketul nak cerita kat ampa kan. huhuhu..  hmm. banyak sangat kenangan. semo orang ada kenangan masing masing kan.. tapi depends pada diri kita, sama ada nak jadikan kenangan itu satu cara untuk pandang ke hadapan ataupun biarkan kenangan itu atasi kita. Aku pun selalu kalah dgn kenangan2 dulu. Tapi bila pikir balik, itu semo dah ditentukan oleh Allah SWT, kita hanya perlu pandang ke depan, dan teruskan hidup. 

Setiap orang yg kita jumpa dalam hidup kita bersebab which is, kita yg ubah dia, ataupun dia yg ubah kita. Tapi aku rasa aku tak berubah, still macam dulu, perangai sama. hahaha. cuma dah boleh masak la kot, dulu tak reti. heeeee :p Aku percaya, bila pertama kali kita jumpa seseorang, itu ketentuan.. Tapi bila suatu masa dia pergi dan ambil masa yg lama untuk kita jumpa dia buat kali kedua, itu JODOH. Tapi ada terselit ka pertemuan kedua dalam perjalanan hidup aku nanti ?? Hidup kita ni macam sebuah novel kan.. Cuma novel kita ni, kita xtaw ending dia macam mana. Tapi tindakan kita sekarang penentu masa depan kita kan.. So, make sure ampa semo make the right decision for your future :)

Okeh okeh okeh. Cukup la tu fasal kenangan kenangan yg menggamit memori. hahaha. 
ha ! aku nak cerita kat ampa. Sekarang ni aku dah ada kat umah. Dah start cuti semester 10/9 hari tue. Aku tak keja lagi buat masa sekarang. Gua nak rehat secukup-cukupnya *rehattt sangat lehh weii* Hmm, final exam hari tu, xtaw la nk cerita macam mana. aku rasa macam xmau ingat ja final exam sem3 ni. Ya Allah, aku dah berusaha ampa taw, tapi aku xtaw la result nanti macam mana.  Ampa tolong doakan aku yaa.. Terima kasih :) Aku rasa sesak sangat sem3 ni, tak taw la salah kat mana. Maybe banyak asaimen kot sem ni berbanding dgn test, quiz. Jadi latihan tu kurang. Hmm, xtaw laaa.. Aku berserah saja sekarang ni ^^

p/s: Doakan result aku ya :)
Allah S.W.T akan mudahkan urusan awak jika awak mudahkan urusan orang lain
InsyaAllah ;)


Ahaa ! For Eiduladha kali ni, aku masak ok. Nak taw gua masak apa ? heeee..Aku buat spaghetti. Malam tu kak aku buat chezzy baked macaroni, tapi aku tolong jugak la yg tue, siang tu baru aku bakar sebab kak aku raya umah mentua dia. Ada 3 bekas semo macaroni yg perlu aku bakar. huhuhu.. Tengahari sikit, Intan dengan Atirah mai umah. Sembang sembang dgn depa, tapi xsempat nak sembang banyak sbb aku nak kena gerak p perlis petang tu. Huhuhu.. Intan rapat dgn aku masa kecik-kecik dulu. Aku dgn dia memang kamcin laa dulu..Apa-apa nak main dulu, memang aku geng dengan dia. Hahaha..Dulu dia selalu ajar aku buat keja sekolah math.. Gua lemah math! Tapi sekarang dah besar-besar semo. Dia pown dh 20 tahun dan aku 19! Dah tua. Hahaha. Lama jugak xjumpa sembang-sembang lama dgn depa, yala, masing-masing dah belajar.. Cepat sangat masa berlalu kan... Tapi aku yakin, kita semua rasa benda yg sama cuma kita biarkan ja masa tu berlalu..

Taraaaaaaa! ni la yg  aku masakkk..heee.. Aku sempat makan sikit ja, xsampai petang, spaghetti ni dah abeh. *bajet sedap baq hang* hahaha :P Yang paling best macaroni bakar la. Dah ala-ala pizza dan lepas bakar tue. heeee





Nampak sedap tak?? heeee. Okay laa.. Sebenarya aku publish entry ni before aku mai KL. Sekarang ni aku dah ada kat KL. Broadband ni la masalah. Slow mcm siput sedut >,<
Okay. Nak tido, dah nak dkt pukul 3 pagi !

Aku Bahagia | Alhamdulillah
Bubye. Assalamuaalaikum. XieXie. Wan'an :)













Monday 5 August 2013

Tutorial Balut Ketupat =)

Assalamuaalaikum.

Haaaa..sepanjang cuti ni kerja aku update blog jaaa.. hahaha..
Okayy ! takk takk ! banyak lagi keja aku menanti, banyak lagi test menanti selepas cuti nii.
haa.. ambikk, ney senarai kerja aku untuk cuti ni.. banyak kann ? hmmm :( cuti mcm xcuti kann... 


Untuk 15min, kita lupakan dulu pasal kerja yg berlambak-lambak tu ehh.. hahaha. tadi aku baru ja abeh balut ketupat, banyak wehh.. 4kilo pulut, dalam 262 bijik ketupat gak la td.. Mak buat tempahan ketupat, sbb tu yg banyak sangat tue, sampai xcukup tangan. nasib baik kak aku dgn aku reti jugak balut, so bole la tolong-tolong sikit kan, setengah orang xpandai balut.. xsusah pown kalo ampa nak taw. ketupat ni ada 2 jenis balutan taw.. 
"jantan" dan "betina". kita bole beza jenis ketupat kalo tengok cara balut. tapi untuk balut ketupat, orang nak balutan "jantan". dulu aku terpikir gakk, apa beza kedua-dua tu, bila aku buat, then baru aku taw, banyak bezanya. For those yg xtaw balut, meh sini tengok tutorial nak balut ketupat daun palas :-

Taraaaa ! macam ini lahh kalo ampa nak balut ketupat, xsusah pown. tapi kalau nak lebih senang lagi kan, selepas ampa tanak pulut tue, bila pulut tu dah separuh masakk.. biar lama sikit atas dapur tu, biar pulut tu jd keras so, senang lahh sikit ampa nak masukkan dalam daun palas tue.. Tapi bole ja kalau ampa nak terus balut selepas dah siap tanak pulut tue, tapi panas sikit laa then mcm leceh sikit la kalau mcm tu, tp aku prefer biar pulut tu keras sedikit then baru ampa start balut. Pastikan selepas balut tu, ketiga-tiga bucu daun tue kemas and xterbuka sbb kalau terbuka nanti bila nak rebus, air akan masuk then pulut akan jd lembikk.
Okay lahh ! ini saja tutorial untuk balut ketupat .
SELAMAT MENCUBA !

p/s: dah 28 hari puasa . sekejap sangat kann :)
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin
Maafkan kalau ada terkasar bahasa disetiap coretan aku ini. Ahakksss :P
Bubyeee . Assalamuaalaikum.
Doakan aku :)








Friday 2 August 2013

Itu ini kehidupan =)

Assalamuaalaikum... 

hye hye hye .. pejam celik pejam celik, dah 26 hari kita puasa kan.. cepat sungguh masa berlalu.amacam ibadah bulan puasa tahun ini ? okay ?  xpa, ibadah yg kita lakukan biar kita dgn Allah ja taw kan, yg kurang, mari sama-sama kita pertingkatkan dari hari ke hari, aku pown manusia biasa. banyak salah yg aku buat sama ada aku sedar ataw tak, sbb tu perlunya hati yg kuat atawpown orang-orang di sekeliling yg selalu bg teguran dan nasihat, takk salah kita dgr nasihat dr orang lain, cuba lapangkan hati dan try to think positive. Tapi tapi tapi, yg bg nasihat, please jgn tegur kesalahan kwn awak depan orang ramai, tu sama ja macam awak membuka aibnya :-

"Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yg menasihatimu di khalayak, dia sebenarnya sedang menghinamu" (Imam As-Syafie)

Okay, test yg sebelom cuti semonya dah settle, huhuhu nak dpt cuti raya pown susah wehh, mcm aku nak menjerit ja masa last week before cuti. stress sangat sangat ! quiz, test, assignment. memang padat gila-gila waktu tu sampai time bila aku tidoq kat katil pown xingat sbb malam tu aku dok kat meja study *haaa.. ampa nampak dak aku buat terokk sikit kat situ* hahahaa. malam tu test Eco, hmm, aku xtaw, aku xyakin langsung apa yg aku jwb malam tue, maybe sbb kurang latihan.. aku jenis kena banyak buat latihan, setengah orang sekali belajar dah ingat kan, tp aku xmacam tu, kena bersyukur sangat-sangat sapa yg dpt keistimewaan cenggitu kan.. sampai ja bilik malam tu, aku xbole duduk, asyik dok teringat jaa apa yg aku jwb td, padahal test, bukan final exam lg tu. Haihhh ! tension punya tension, aku call kak aku *haaa..ni la tempat aku luah masalah aku* hukhukk.. nangis baq hang,, heee.. Ahhh..lemah btoi aku jd manusia. hmm..
Then, aku cerita plak kat 'dia' tp aku xcerita direct masalah aku, aku just nak dengar nasihat jaa..mcm kekurangan motivasi lak aku ni.. hahaha..

Aku: Npa ya apa yg kita nak xdpt ataw dpt sikit ja,tak mcm yg kita harap? padahal kita dh usaha sungguh-sunggu untuk tu.. Why why why? :(

Dia: Maybe ada yg lebih baik kot dari tu Allah nak bg kat kita, yg penting doa k, tu senjata utama k.

Aku: Taw, tp kita study btol btol kat sini, xpenah main main pown..sbb kita pikir family kat umah.. tp ada ja yg lack kat mana-mana.. ada ja yg cuai.

Dia: Bese la tu, yg penting usaha orang yg nak berjaya kena selalu pikir or ambik positive k. awak ada yg lagi baik arr tu tuhan nak bg kn. sabar k

Aku: Tapi ada ja orang lain, lau exam xstudy sangat pown tp depa bole ja..

Dia: hah tu rezeki dia wak, awak de la tu nanti..huhu

last sem, dia bg nasihat jugakk, aku ingat semo tue even aku dgn dia xdak la rapat sangat, tp setiap apa yg dia cakap aku akan ingat, maybe bab-bab bg semangat dia terror sbb aku dgn dia ada perangai yg sama, cakap cukup kemaih.. heee..
birthday pown dekat dekat wey . heee ;) 
Dia kawan aku ;)



p/s : Oritee, nanti aku cerita lain ehh. penat wehh, nak taip banyak banyak.
haa ! sebelom terlupa, semalam aku jaga kedai kak aku. baru jaga sehari dh dapat beli baju kurung. hahaha.. * takk jaga sangat pown, jln2 kat bazaar syawal ja banyakk.. heee.
Bye.. Assalamuaalaikum. Jaga diri ea =)











Saturday 27 July 2013

27 Julai 2013 =)

Assalamuaalaikum.. 
weyyyyyyy !!!! lamanya aku xjenguk blog nii.. rindu baq hang... hurmm..biasalah masa, line broadband dan persekitaran  xmengizinkan aku bukak blog ni.. haaa..banyak nak cer tapi buat masa sekarang ni aku cer mana yg mampu dulu ehh..

Petang td aku ada test Statistics taw, Alhamdulillah, bole la jawab.. tp aku takut.. takk yakin dgn jawapan aku, sbb aku xlukis histogram atas kertas graf !!! Ya Allah, cuainya aku, time nk hantar tu aku dengar orang sebut2 pasal kertas graf.. ahhh . marah jugakk la kat diri sendiri, hal macam ni pown bole cuai, padahal dah bawak masuk kertas graf dalam dewan td.. tapi bila aku sampai bilik.aku cuba tenang.. xmau pikir sangat, maybe ada hikmah untuk semo ni..dalam pukul 4:30 aku sampai bilik, letak beg, teruss booom atas katil ! pastu tertido sampai kul 5:30.. bangun tue, hah ! baru hilang segala yg aku pikir. huuhuhu *dalam hati ni, xpa laa, yg lepas..lepas la.. fokus untuk yg depan plak kann.. Hari selasa ni aku ada test Macroeconomics plakkk..Tolong doakan aku yaa ;)

Malam td plak, aku and group aku ada latihan dikir barat Mandarin. Pehhh . enjoy gila malam ni, memang gempakk la kami practise malam ni. even ada certain members yg TAKK HADIR ! Aku xtaw pasal pa aku hyoperactive sangat practise td. hahahaa.. stress kot stress.. heee *stress lah sangattt*
Then, balik td ingat nak study eco sikit, tp sampai sekarang aku takk bukak buku lg ni sbb nak update blog ler...kahkahkah ~

Okay lahhh .  nanti aku update lagi taw .
doakan test aku nanti . Aku akan usaha, InsyaAllah ;)
haaaa. nahh dengar lagu ni dulu..
Aku suka sangat lagu nii.. Bestt !!



*okay ! ni pic tambahan . HAHAHA ! :p
XoXo


Friday 21 June 2013

HariIni :)






Assalamuaalaikum.

Awakk-awakk semo sihat ke idakk ? heee.. aku Alhamdulillah, sihat.. tapi tu la. telinga aku xsembuh2 lagi. 26 hb ni ada appointment dgn doktor. Hopefully, semonya berjalan dgn lancar. So, hari rabu ni aku kena skip 3 class . makk aiii.. Ctu, Mandarin, ngn Eco. Haihhhh . xpalah . kesihatan is more important kann ?

Aku nak cerita apa ehh ...haa, yg membuatkan aku terkejut, pagi td on lappy tiba2 line broadband laju gila. Takk penah penahh. tu yang aku update blog ni, kalo dak jgn harap lerrr. Ampa taw, first time aku buat cam ni. Pg tadi aku bangun tido, then do a laundry . hahaha. aku bancuh milo 3in1.. pastu on lappy sbb nak siapkan asaimen BEL for presentation hari ahad ni. Pulun la aku buat sampai xingat nak makan, serius wehh . aku minum air milo panas tu ja sampai ptg. haaa. ambikkk ! Memang tak dinafikan laa, perut berkeroncong. krikkk krikkk. hahaha.. xtaw pasal pa aku malas lakk nak turun beli nasikk. Malam td baru aku turun dewan Murni, beli nasikk dgn milo ais.

Aku malas ke semester ni ehh ? aku xtaw la, kadang2 aku rasa aku main2, kadang kadang aku rasa takk. Haihhhh >,< cuba tengokk sekarang ni, aku ingat nak wat notes MGT, tp aku wat laa separuh, then aku berenti jap.. hmmm. Takk mohh la jadi malas cam ni lg. 
takutttt :(  Tp keja lain semo aku dah siap lerr, just aku buat notes untk rujukan aku ja.. hehehee..

p/s: Okayy la , aku blurr  Takk taw apa nak cer dah . HAHAA.
nnty aku cer lain, okayy ! Daaaaaaa ^^
Pray for me :)









Wednesday 5 June 2013

Makeup ?? Makeover ??

Assalamuaalaikum .


haaaa . ampa xtido lagi ka ? ehh, awal lagi kan, jam baru menunjukkan pukul 1:21 a:m awal lagi ni kan. hahaha.. Sebenarnya dari semalam lagi aku rancang nak pack barang malam ni sbb hari jumaat ni dah nak naik feri.tp disebabkan ada kejadian yg tidak diingini berlaku, terpaksa lah aku pack pepagi esok ! arghhhhhh ! yup ! aku balik 7hb, sbb aku xmo la kalot2 8hb baru nk balik..hari tu jugaklah nak dafter kolej hari tu jugak lah nak p beli laptop .. haaa LAPTOP !  yeeee.. itew nak beli lappy. heee..  iteww janji iteww belajar more hard..nanti iteww tunjuk kat awakk lappy baru iteww.. *gedikk terokk, haihhh*  hahahaa.. insyaAllah :)


ehh, aku nak cer apa lagi ehh . Ermm, sekarang ni kan ada rancangan hijabista uh, ampa tengok tak? apa yg menarik perhatian untuk aku tengok rancangan tu, erm maybe cara pemakaian hos-hos perempuan dlm tu, tapi ada gak yg bagi aku macam keterlaluan sangat colour blog yg depa guna nak match baju uh. huhu. tapi ada yang cantik sangat, hari tu aku ada nengok segment make over. Depa make over seorang perempuan, dia suka sangat baju kaler gelap, sng ckp kaler hitam la, dya ckp dah terbiasa dgn kaler2 gelap gitu, then depa make over. At first, tunjuk cara makeup. Neutral gila cara makeup, seriously memang nampak neutral, cantikk sangat. ha, yang paling penting semua alat makeup disitu, adalah produk baru keluaran Turki. Nama produk uh FCC ( Farmasi Colour Cosmetics). Murah2 ja, harganya..kira affordable gak la, tp kalau nak beli, tunggu aku dah bekejaya nanti . wakakaa :P . Then, depa tukar cara pemakaian dya, depa pilih kaler pastel, means xterang and xgelap sangat macam peach gak la aku nengokk hari tu..


MASCARA FCC
*Mengandungi vitamin E yg menjadikan bulu mata lebat, melentik dan panjang dgn sempurna
*Berusnya diperbuat drp silicon
*Ianya mudah dibasuh dgn air suam
Haaaa, ni ja lah aku bole update gambo pown, sbb aku suka pakai maskara ja. nak tengok panjang mana bulu mata gitu, hehehehee.


Errrr , this picca is not related with that mascara, oke .
heeeeee ^^





Wednesday 29 May 2013

Weeeeeee ^,~

Assalamuaalaikum . . .

hye hye hye ! pembaca2 semo sihat ka ? *ada ke yg nak baca sbb aku pown xrajin nak follow org, Aishhh! hahahaha, after this aku cuba untuk follow awak awak semo ya* heeeee. dah kul 3pg, aku baru nak update blog, ubat pown aku baru telan tadi . hahaha..
Ok, banyak yg aku nak coret kat sini, tp nak start dari mana eh? ermmm.. 

Okay ! awal bulan hari tue aku dah start keja kat cyber cafe wehh ! *ampa ada?  HAHA :P 
nama pown keja, so tekanan, sakit otak, letih,penat dan semo yg sama erti dgnnya tu normal things la kan, tapi ampa tengok betapa lemahnya semangat aku ni, setiap hari ada ja aku mengeluh. Kat mulut ni, xhenti-henti cakap nak berenti nak berenti. *jgn ikut perangai camni taw* hahaha. cakap ja nak berenti tapi aku still gak keja..heeee . actually, xdak la susah sangat keja kat cc, cuma belajar, how to use photostat machine, fax, typing, liminate and semo yg ampa penah tengok kat kedai fotostat k. cuma yg wat aku letih, sbb aku keja pukul 3ptg until 11 mlm. huhuhu, balik tu mesti letih kan pastu cerita2 kat tb semo aku xdan nak tengok, dah la bila balik Merbok Melbourne nanti aku memang xtengok tb dah . hukhukhuk :( *kesian lah sikitt* hahaha.. tapi hari demi hari, minggu demi minggu aku lalui jugak and cuba nak jadi seorang pekerja yg berdedikasi *aicehhhh* then aku berjaya gak lepasi tahap kemalasan itu, aku keja macam biasa.. yg selalu bg semangat untuk aku kerja, of course lerr MAK aku . aku ni jenis kena ada orng yg bagi semangat.. hahaa
SEMANGAT tu penting wehhh ! dok syok keja tiba2 ja, ada something yg wat aku berenti keja. hukhukhuk. 
then, aku berenti keja pada 25/5, xsampai sebulan pown lg kan. ampa nak taw pasal pa ????? biasalah ujian. semo orng ada ujian dan dugaan masing2 kan. nak dipendekkan cerita ptg sabtu tu, aku p klinik ngan kak, amik ubat semo pastu balik umah but before p tue dah singgah kat cc, sbb nk bagitaw bos kat cc tu yang aku nak berenti... hukhuk :(

Okay, fasa sedih dah tamat, sekarang tiba plak fasa hepy go lucky . waaaaa . sbb aku dah xkeja, tp xleh la lagi nak keluar mana mana lagi, makan pown kena pantang *xpa, janji xkeja* hahahaha..  gaji xdapat lagi, dah la banyak barang aku nak beli ni . haha. banyak wehh wishlist aku. :P
Sekarang dah 5hari aku tanam anggur kat umah . heeee tapi sakit ni pown dah nak sembuh Alhamdulillah.
xsia sia aku dok umah saja k, aku belajar masak. sedap x sedap, xpa..bole diperbaiki nanti nanti kan.. janji aku taw cara nak masak makanan tue. Xcaya ??? tembakk baru taw -,-"



Taraaaaaaaaaaa . ni la yg aku masak . teka apa ? mesti ampa semo dah boleh teka.. senang ja makanan ni.. tapi yang ni xbubuh serai. Nanty aku kawen, masakan ni first yg aku masak HAHAAA *nampak dak gedikk disitu* :P


Okay lahh, dah pukul 3:36pagi dah .
bila nak tidoq nya nii..huhuhu,
nanti aku update lagi yaa .
Bubyeeee . Wassalam :)
Doakan aku ya ^,~



Saturday 11 May 2013

Result Semester 2 | 2013

Assalamuaalaikum..

Halooooooooo..
dah lama x tengok blog ni, rindunyerrrrr...haha.. ni semo salah berukkband kat umah, lembab mengalahkan siput sedut, tengah keja ni, tapi dan lagi aku mengupdate blog, *nampak dak permainan dia disitu* aku nak cerita baru2 ni result aku dah keluaq....
waaaaaaaa ! ampa taw dak, sebelom tarikh result ni kluaq, hati aku ni xrasa apa-apa pown, macam xdak apa2.. huhuhu..

Tanggal 9hb, pagi tu aku keluaq ngan mak and ayah p makan nasi kandaq, sedap bag hang..
balik tu aku duk dalam bilik sat, duk pikiq2, nak check ka xmau check lagi. Dalam aku dok berwhatsapp, cop mesej aku, dya cakap, dya dapat dekan lagi *Alhamdulillah, tahniah cop* mana bole tahan weh, depa semo dah check, even dalam hati tu ketaq sangat ditambah pula broadband lembab, aku on jugak lappy. cucuq broadband, nasib baik laa, broadband tue macam paham jaa yg aku nak check result, *xlaju, xlembab sangat*

Bukak student portal, sebelom bukak, baca bismillah..
taraaaaaaaaaaa ! ni la result aku for semester2





Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sangat ke hadrat Illahi, seriously aku xsangka pointer aku bole meningkat sem ni sebab aku rasa aku banyak main sem ni, banyak sangat masalah yang aku kena hadapi sem ni. huhuhu.. kesian dokk ? heheee. bila pikir balik, actually, aku yang buat terokk sebenarnya, masalah boleh selesai, tapi aku ni suka sangat selesai masalah dgn teqeyakk *memang sampai bila2 la xselesai* kan tapi aku happy sangat2, and aku hargai semua orang yang ada sekeliling aku sepanjang semester2..  keluarga aku, kawan2, roomate2 aku.. hehee, untuk semo pesyarah aku, jutaan terima kaseh aku ucapkan and untuk budak tue yg kadang2 naikkan semangat aku, kadang2 pula menyakitkan hati aku. tapi dya ada time aku final exam and keep support.. hahahahahaha 
*masa sem2 ja la*

Okay, ni pic before aku kluaq p makan pg tue,
muka dapat result .
*keciwi dak* hahahaa


Okayy laaaa,.
nanti aku sambung lagi, bubyeeeee .
Doakan aku ya :)
TERIMA KASEH !

Wassalam ^,~

Tuesday 23 April 2013

apa-apa ajee =)

Assalamuaalaikum...

untuk yang kedua kalinya semasa cuti semester ni aku post-mengepost kat blog yang berapa nak femes *memang xfemes pown* hahaha... nak cakap apa ek ? hurmmm.. xmau cakap banyakk lahh, xdak benda pown nak cakap.. tapi aku nak wat perubahan semasa cuti ni.. wakakakaa.. perubahan apa ??? adeee lerrr..

p/s: Doakan result aku ya :)
Makashih ^,^

ampa-ampa, mehh la tengokkk pic bawahh nii.. hahahaha..




Friday 19 April 2013

SEM2 | THE END

Assalamuaalaikum !

awakk awakk semo sihat ke?? KE???? mana aku belajaq ayat eee ni.. hahaaa..  adeee lerrr..
sat ja kan masa berjalan, pejam celik, pejam celik sekarang ni aku dah abeh semester 2. Alhamdulillah :) aku rasa banyak sangat cabaran sem2 niii.. mungkin sem ney zaman kejatuhan aku.. wakakakaaa -,- yalakan, hidup kita ni kan macam roda, kadang kita di atas, kadang di bawah.. tapi aku redha, semo dah lepas kan... now ! i'm HOME bebeh.. hehehee

masa musim final exam, aku terpikir jugak, dari awal sem sampai la final exam, aku ada wat salah kat mana ya?? *muhasabah diri* hiihihi.. 
xpa, xpa.. dugaan ni kan menguatkan diri kita, mungkin ada salah silap aku sepanjang semester 2 ni, yala, manusia kadang kala lalai. cuai, leka dan semo yang sama erti dengannya lahh.. hahaha.. aku pown xlari dari semo tue kann kann, time tu aku cuma nak tengok orang-orang yang still ada untuk aku :) 
disebabkan semangat aku ni selalu ja lemah, hahahaa..  mak selalu pesan 
"orang lain bole wat, pasal pa kita xbole wat, kann "

okayyyy lahh, aku xdak apa nak cer sangattt.. heheee
doakan result aku yaaaa :)
bubyeeee.. wassalam 






Monday 18 March 2013

=)

Assalamuaalaikum
morning !
dah breakfast?


lamakan aku xupdate blog, busy gila gila gila, minggu ni.. baru ja abeh test..
doakan result aku yeee :)

hah ! xmao taip banyak, cuma nak bgtaw ampa, something.. agak2 apa la kan kan.. hahaha
yeahhh ! i got the "WEDDING CARD"
Alhamdulillah, ada muka hepi, gembira dan bahagia disitu .

p/s : Kamu, kamu, semoga kamu bahagia.
Aouchhhhhh ^,~









Saturday 9 February 2013

Kewajipan itu =)

Assalamuaalaikum
hohohohoho ~
i'am at home bebeh !
lepas segala penat lelah letih bila balik umah ni *ayat teruk disitu*



Aku amik teksi dari uitm pastu p stesen bas, dalam 1:30 baru bas gerak.. ya Allah, ngantok gila duk dalam bas tue, nak tido takut..haha..pikir bukan-bukan..takut kalau ada orang amik beg aku ka..padahal ada 2beg ja pong..haha.. nasib baik fon duk bunyik jugak, xdak la aku mengantok sangat. hahaha *maseh abi* hah ! tapi mata aku ni memang xtahan gak, memang ngantok gila, pastu aku tertido, tapi selang berapa minit aku terjaga..duk main bangun tidoq, bangun tidoq cam tue.. letih aku -,- then, ada sekumpulan budak-budak sekolah menengah agama kalo xsilap aku.. sebab semo pelajar pakai tudung labuh, pastu ada sorang tu duk sebelah aku. aku macam nak tegur tapi berat plak mulut aku masa tu.. wakakakaka ~ *depa, kecik-kecik dah dilatih pakai tudung labuh, means dah selesai satu kewajipan iaitu tutup aurat dengan sempurna, kita bila lagi ? insyaAllah, will be :) then mata aku pown dah xlarat nak pejam, so, bas pown sampai la kat pekan rabu, cepat2 aku amik beg turun bawah, sat g kalau dok wat lambat lambat, xpasal2 bas tu jalan.. xke malu aku nak kena jerit suruh berentii.. no way ! hahahaa..

aku pown tunggu la kat tempat duduk tu..macam-macam ragam manusia aku nampak disitu.. aku bukan nak tunggu bas ke kuala kedah pown, aku nak amik teksi,.kalo aku tunggu bas, lambat plak nak sampai kuala kedah..  hah ! waktu tu aku lapaq terokk..huhu.. kat uitm tadi xsempat nak makan pong..  ini semo disebabkan someone :( arghhhhh ! dengan tidak mngambil masa yang lama, terus aku menghala ke gerai kat situ.. hahaha.. 2cucuk fishball, 1 cucuk nugget, tambah milo ais satu. ha ! ambik melantak la kat situ.. hahaha.. tapi xabeh sebab fishball yang satu cucuk tue xberapa nak bole telan *xdap* hahaha.. mungkin aku xlalu kot yg tu.. then aku amik teksi terus ke kuala kedah, pakcik tu cakap RM20 hinggit. okay ja la aku pown. tu ja la yg aku bole cakap wat masa tu, naik teksi mana bole mintak diskaun, ampa penah wat ka ? kompem xdak yg penah wat.. kahkahkah.. dalam teksi tu, pakcik tu cerita pasal  anak dia, baru abeh wat degree kat uitm shah alam, course logistik.. aku tanya lelaki ke permpuan anak dya tu? dya cakap lelaki..  then pakcik tu cakap anak dya belajar dya jugak teruk.. yala, dia kena support semo kat anak dya, 3hari sekali kena antar RM50 kat anak dya, sebab?? hmm, ada lah masalah tertentu yang xmungkin aku coretkan kat sini..... anak dya sekarang dah wat praktikal..

then, aku plak cerita pasal family aku kat pakcik tue.. rasa cepat ja perjalanan ke kuala kedah bila duk bertukar-tukar cerita mcam tue, xsampai berapa minit, sampai la kat pintu masuk kuala kedah.. pakcik tu pesan suruh kimsalam kat ayah *aku dah pown cakap kat ayah* heeee. nama dia pakcik amir.. masuk ja jeti tengok-tengok line panjang baq hang, banyak orang beratur nak beli tiket..huhuhu.. tngok jam dulu.. aha! sempat lagi feri kul 4:30.. dah abeh beli tiket.. masuk kat tempat duduk.. mak aiii ! penuh manusia dalam tue.. pening kepala aku -,- pastu beli mineral water  tambah twisties. melantak lagi tapi untuk dalam feri nnty.. hahaha.. then, dengan bersabarnya aku tnggu feri sampai, xlama lepas tu ada announce yg feri 4:30 dah sampai.. dengan pantasnya aku terus ke pintu keluar.. hahahaha.. xlarat nak tunggu orang berjalan dulu, dah la beg aku berat ampa taw dak. huhuhu :( pastu semo orang terkodek-kodek keluar dari jeti nak p ke ferri.. and i'm the one of them. hehehe..  nak dipendekkan cerita semo orang dah masuk then ferri tu bergerak .. bajet nak sampai kul 6 taw, tapi feri tu bergerak ala-ala kekuraan... 6:30 baru sampai langkawi.. tenang hati bila sampai Langkawi, hilang semo beban yang kat Merbok tu.. hahahah..



************************

*daripada ni aku boleh nampak betapa gigihnya seorang lelaki yang bernama ayah mencari rezeki untuk anak-anak dan keluarga kat umah. Tanggungjawab seorang lelaki sangat besar, sebab tu seorang lelaki tu kena ada iman yang kuat, hati yang tetap untuk bimbing diri dia dan jadi pemimpin bagi keluarganya :)
untuk cik awek awek yang single, cari suami yang dapat jadi iman kamu yaaa ^,~

okehhh. bubyeee . Assalamuaalaikum
xoxo 










Thursday 24 January 2013

TerbaekkDariLadang


Assalamuaalaikum w.b.t
aku disini, masih tetap disini untuk mencapai cita-cita :)

malam ini aku malas terokkk.. hahaa, padahal hari sabtu ney ada test. subject yang tough2 plak tue.microeconomics & account .. huhuhu..
bila aku malas and boring. ini la keja aku. aku godek-godek folder yang dah lama dalam lappy ney.. terjumpa plak video yang ohsem ni. HAHA :P

Kadang-kadang aku rasa sat sangat masa yang berjalan ini, xsempat nak wat apa-apa. tengok-tengok aku dah xdak kat umah, masih bertafakur dalam bilik M4-03-12 ney. wakakaka ^,~
Dah lah ! malas nak taip panjang2. heehehee ..
AKU RINDU SAYANG AMPA !

p/s: Doakan test aku hari sabtu ini yaaaaa :)
TERIMA KASIH daun keladi,
nanti jumpa aku belanja roti canai .
dadaaa ..




Monday 21 January 2013

Be Mine =)

ololololo.. Ohsem nyaa vid ney...ohsem sangat ^,~ 

Sunday 20 January 2013

This is not just a word =)

Assalamuaalaikum
pagi yang indah, kini sudah terang
aku adikmu dan engkau abang
inginku ulang kisah dulu.....huuuu ~~

bukan lagu ini entry aku pagi ini. HAHAA ! just a little bit to share pendapat aku tentang " Penting ka kata-kata motivasi/semangat ini? " hurmmmm, bagi ampa macam mana? 
for me, dulu aku xamik berat sangat benda ni, bagi aku hal ini kita bole kawal and it depend to ourself. but but but ! itu dulu, sekarang aku dah change my mind. (manusia boleh berubah and i'm human too ) sekarang baru aku rasa setiap perkataan dari family/kawan/suami/pakwe ataw yang sama waktu dengannya sangat-sangat penting especially bila kita fell down ataw stress nak exam. 

even that word, cuma simple word, but it give good impact kat sapa yang dengar tu, tapi depend la orang tu nak pikir positive or negative. kadang-kadang setengah orang dia xmotivated kita terus, but dia lagi bagi kita pressure sebab nak tengok tahap kesabaran kita. so so so, bagi lah semangat kat family/kawan/suami/ pakwe bila dia memerlukan... even xtaw nak cakap apa, just lend your ears :) tapi kat pakwe tu jangan lebih2 la bagi semangat nyaaa.. huhuhu..  

aku tergerak hati nak wat entry tentang ni, sebab aku penah rasa. bila duk jauh dengan family barulah aku hargai semo itu.. huuhuhu, sedih terukk :(
but aku ada sesuatu yang sentiasa bagi aku semangat untuk aku lebih berusaha !
ohhhyeaaaa !


p/s dr pihak penaja : bila gembira, ingat Allah, bila sedih ingat Allah, 
insyaAllah, Allah akan ada untuk kamu disaat suka dan duka :)



|Kadang-kadang orang yang pernah buat kamu terluka
itu lah, yang akan jadi pendorong semangat untuk 
kamu terus BERJAYA :)




bubyeeee
xoxo
w'salam ^,~