Friday 17 February 2017

SALAM UiTM AKHIR SEMESTER

Assalamuaalaikum. 

Sapa ja kan yg baca blog aku nih, follower pon tak ramai. Saja suka suka ja aku buat blog nih time aku rajin aku tulih. Tapi bila umoq semakin meningkat nih rasa dah takrajin nak karang panjang panjang. Aku buat blog nih jugak tujuan dia bila aku dh tua nanti aku bole baca balik apa aku dok karang masa zaman muda. Hehe

Nak bagitau hari nih result dah keluaq dari semalam lagi kawan kawan aku semua dok check aku try jugak guna link yg depa bagi untuk check tapi takbole. hahaha Aku kata takpa, esok ja aku check. Hari nih pulak aku keja tapi ofis xdak org sbb ofis tutup hari jumaat. Bila dah sampai ofis aku teruih buka laptop sbb nak check result punya pasal even aku taw pukul 9 baru bole check, tapi pulun jugak nak check. Huhuhu Then aku buka emel kot kot ada emel SALAM drpd uitm. Tengok tengok ada wehhh time tu aku sorang ja dok ketaq dlm ofis nih, hati jadi tak sedap dah otak nih pikiq macam macam padahal tak click pon lagi baru nampak new massge. Hahahaha. Then bila click aku teruih tgk grade dulu. Pointer tak tgk lagi sbb aku taw bila grade jatuh pointer pon akan jatuh. And Alhamdulillah aku bersyukur sangat sangat ke hadrat Illahi sbb bagi aku peluang lagi untuk aku perform sem lepas even Allah ja taw macam mana susahnya sem lepas. Takdak preparation yg cukup untuk hadap final exam sem lepas. Aku mengaku salah tu banyak dtg dari diri aku sendiri, kadang kadang aku lalai. Tapi Allah tu Maha Pemurah , Allah masih bagi aku peluang. Rasa mcm nak teqeyak :(

Lepas dah puas tgk result aku call mak ayah dgn kakyuni bgtaw pasal result. Seronok weh dengaq suara happy family kita especially mak ayah kita. Rasa puas sangat sangat. Buat masa sekarang aku sedar, aku cuma bole bahagiakan mak ayah aku dgn result aku. Mak kata nak buat kenduri hantar kat masjid, aku kata takyah lagi bagi settle thesis dulu. Hehe. Teringin aku nak bawak depa pi Makkah tapi aku takkeja lagi, income pon zero. Takpala, hari hari aku doa moga Allah bagi aku peluang untuk aku bawak mak ayah aku pi Makkah. Prof Fatimah pon ada pesan nanti dah start kerja simpan duit untuk pi Makkah dulu. Keta, rumah letak tepi dulu sebab bila kita dahulukan Allah, yang lain akan datang dengan mudah. InshaAllah. 

Sekarang rasa lega sangat sangat plus dgn rasa takut sikit sbb thesis aku mcm takdak progress lagi. Hahahahaa tajuk dah ada tapi semangat nak baca journal hilang pi mana pon taktaw. Mungkin sbb tampat praktikala aku jaoh, kena naik moto 30minit baru bole sampai umah. Kdg kdg saya letih pastu terus tidoq :( Huhu takpa laa aku kena tahan dan sabaq sebab jalan nih semua aku yang pilih sendiri. Seorang Alia kena kuat! Dalam susah pasti Allah akan mudahkan. Percayalah!

Okay tu ja lah aku nak update hari nih. Nanti dah settle thesis aku update pulak.
Doakan aku dan kawan kawan aku grad on time yeee.
Moga urusan hangpa jugak Allah permudahkan. InshaaAllah :)

Salam sayang dari ALIA SYAHIRA :)


Wednesday 7 September 2016

FINAL YEAR: FIGHTING!

Assalamuaalaikum. hye uolss apa khabar? hampir enam bulan aku tak update apa apa. Bole kata semester empat takdak langsung memori aku dalam blog nih. Hahahaaha biasalaaa internet tak selalu ada.

Sekarang dah bulan 9, Alhamdulilah aku pon dah masuk tahun akhir degree. Sem lepas macam sem sebelom nih jugak ada pahit dan ada manis dia jugak, struggle every sem dah menjadi kewajipan untuk setiap students. Huhu And Alhamdulillah result aku masih maintain :) Paling aku ingat sem lepas housemate aku buat surprise birthday kat aku, siap masak makan tengah hari nak teqeyak pon ada time tu tapi ayaq mata tak keluaq. Time tu mmg tak sempat rehat sbb busy dgn final exam paper plus dah laa gap sehari jaaa.  Really appreciate it Zati, Nina & Ucop. Sayang ampa :)

Now seorang Alia pon dah official 22 years old. Mudah mudahan dia jadi wanita yg solehah dan berjaya dunia akhirat. InshaaAllah. 

Sekarang baru first week masuk semester 5, tapi entahlah aku rasa semangat aku ada yg tertinggal dekat memana sbb aku rasa nak give up. Tapi setiap hari yakinkan hati, kena kuat! This semester gonna be hectic semester  dengan group project, individual asaimen, dinner, trip, test and all the quiz. Kalau fail manage semo nih mental fizikal akan effect. Tapi syukur aku ada family mak ayah yg selalu support aku, ada dia yang sangat sangat paham dan sabar dgn aku, ada kawan kawan yg sama sama pulun. Next week cuti pulak seminggu  Hari Raya AidilAdha. Mungkin nih pon salah satu faktornya aku jadi lemau, unproductive. Huhuhu 

And one more thing, aku dah ada lesen kereta. Hehehe dulu aku rasa aku paling lambat antara kawan kawan aku sbb depa semua dah ada lesen, aku jaaa umoq 22 baru na amik lesen. But Alhamdulillah test JPJ pon going smoothly, sekali test jaaa settle even aku terlupa pakai seatbelt. Hahahaah. Tapi hari nak test tu tak berenti dok baca doa sbb ketaq punya pasai. Hehe

Sekarang aku ada plan nak buat bisnes tapi still dalam perancang dan experiment aku. hehe Ampa doakan aku naaa sebab aku nak cuba cari side income through bisnes. Okay laaaa untuk semester nih aku akan cuba update sebanyak yang bole sbb blog nih laaa yang ada untuk aku baca bila aku tua nanti. Hehehe 

bye ampa. Thankyou even follower sikit sbb nih untuk aku jaaa baca. HAHAHAHAHA :)

Friday 5 February 2016

First update for 2016 :)

Assalamuaalaikum and hye !

Uolls semua apa khabar? Lama gilaa gilaa aku tak menaip panjang panjang, sekarang nak taip pon macam slow jaaaa. Huuhuhu. Last update bulan lima tahun lepas, gila lama tak update nak dekat setahun dah. hahahaha 

CARI DUIT

Masa cuti tunggu result last sem diploma hari tu aku buat part time di bakery, nama kedai tu Saleha Bakery. Well bila dah kerja paham paham jaaa laaa ada part suka, part sedih we call it as asam garam bekerja aicehhhh. hahaha. Tapi banyak sangat pengalaman yg aku dapat dari situ. Aku buat keja mmg take time sikit. Huhuhu normal la tu. First of all situ aku belajar macam mana nak buat keja cepat and bole siapkan pada masa yang tepat. Bohong laa kalau tak rasa macam kena buli kan, ada laaa sikit sikit. But its okay, sbb aku pikir nih baru keja dengan organisasi kecik, aku kena tahan. Mak pon tiap tiap hari bagi semangat. Actually takdak laaa susah mana pon bila kita dah taw apa yg kita kena buat, it just at the beginning tu la take time nak paham role kita but after that all went smoothly. Keja bakery ada shift pagi and petang. Tak ingat dah hari apa aku kena keja petang. Yang aku rasa best bila masuk bulan puasa, kalau aku kena shift ptg, pukul 6ptg tu aku dgn sorang lagi kak nama dia Kak Shira ataupon Shida keluaq pi Bazaar Ramadhan beli makan untuk buka puasa malam satg. Tu laaa first time buka puasa di tempat kerja. Sebelom nih takpernah lagi buat part time bulan puasa. Tapi moment moment kat situ aku takkan lupa sbb banyak pengalaman situ ajaq aku untuk kuat, jangan putus asa. Rasa mencabar sangat sebab kerja situ main dengan oven yg besaq gedabak sampai tangan aku nih banyak kali jugak laa terkena oven panas, Hahaha tapi sekarang dah hilang dah bekas tu, Sapa kata parut takbole hilang tu semua tipu arr, aku tak sapu apa apa pon. It just take time jaaaa. Then tempat buat roti dlm tu mmg panas, orang yang takbiasa kerja tempat panas akan jadi macam aku, after a week kerja, tangan aku mula naik ruam merah merah pastu gatal, pastu pi klinik dapat ubat dengan sabun. Alhamdulillah lama lama hilang jugak ruam tu. Maybe proses nak biasakan diri kot sbb bila dah lama keja takdak pon jadi ruam ruam tu. hahaha . Paling aku suka keja bakery nih sbb bau dia, bau kek, bau roti aku suka bau bau mcm tu. hahaha. Sebelom keja bakery lagi aku mmg ada impian nak ada satu bakery sbb i'm a bread lover tapi bidang aku sekarang nih tak menjurus ke arah tu. Hahaha Takpa laaa, as long as its business aku still ada peluang. InshaaAllah. Doakan aku yaaaa :)



RESULT LAST SEM DIPLOMA

Actually result keluaq before aku kerja bakery. Selalu after dapat result aku update buat this time idk why. hahaha Macam biasa laaa seorang Alia nih sangat takut nak tengok result dia sendiri, macam macam doa dia baca sebelom tekan click tu. But i know semua student macam tu kan. Tipu laaa nak cakap hang berani sangat tipu tipu. Hahaha And ALHAMDULILLAH. I'm truly grateful to Allah S.W.T sebab makbulkan doa mak ayah aku siang malam doa untuk aku supaya aku kat Merbok sentiasa tenang, bole jawab soalan dengan mudah, tak henti baca yassin untuk aku sampai aku berjaya di anugerahkan Vice Chancellor's Award. Alhamdulillah :)








DEGREE LIFE BEGIN

Masa sem 6 diploma hari tu kami semua isi penerapan untuk masuk degree and Alhamdulillah aku berjaya dapat course yang aku letak no 1. Hahaha. Kita tak rasa lagi sbb tu kita taktaw. Ayat nih sesuai untuk aku sekarang. hahaha Bukan nak kata tak hepi masuk degree tapi member member yang rapat dengan aku dulu dah tak satu course dengan aku and its quite tough for me sebab aku rasa macam aku sorang sorang. Aku jenis lambat nak ngam dengan orang, yes tu aku. Tapi hari demi hari aku cuba jugak fight, ingat mak ayah di rumah. Selalu self talk nak kuatkan diri aku. And masa awal masuk aku dah teqeyak sorang sorang sbb emm biaq laaa aku ja taw. Setiap hari cakap takpaa Alia sabar, sat jaaa nihh. And degree seriously bukan masa hang nak main main, bukan masa nak short vacay time yg bukan waktu cuti. Sbb waktu yang ada tu takcukup, aku takbuat keja last minute rasa macam masa tak cukup, serious aku cakap. Kalau just nak main main masuk degree nih, batalkan jaa laaa niat awak yaaa. Banyak sangat kawan baru yang aku jumpa, classmates aku and banyak sangat pengalaman pengalaman yang dah aku hadap, and aku terima kasih sangat sangat dekat Diana, Jini and housemate aku sbb banyak tolong aku degree nih, actually banyak lagi tapi nak taip satu satu macam penat jaaa. hahaha. Majlis Konvokesyen pon buat time dah masuk degree tapi entahlah rasa macam takbest jaaa konvo hari tu. Aku jaaa kot rasa macam tu, jumpa kawan kawan jadi awkward. Huhuhu
















Allright aku tak larat nak taip dah ni sebenarnya. Hahaha. And one more thing sekarang aku tengah cuti semester, 18 Feb 2016 nih result keluaq. Please doakan aku yaa saudara saudari :)

Assalamuaalaikum.

Wednesday 6 May 2015

Semester Enam. Terima Kasih UiTM :)

Assalamuaalaikum

Bila tengok last update aku kat blog nih, sedih lak rasa. Huhu untuk semester6 nih takdak satu pon yng aku sempat update. Bukan takdak ceqhita, tiap tiap hari ada benda nak share, tapi ada jaa hal hal yang menghalang, line takdak laa bagai, aku sendiri yg malaih carik idea. sob sob sob. Banyak sangat untuk semester6 nih and this semester Alia Syahira tak teqeyak lagi untuk benda benda yg kecik kecik sbb Alia Syahira dah doploh satu. Hihi and Alhamdulillah rasanya this sem berjalan dgn baik, takdak laaa stress macam dulu dulu. Rasa relaks sikit sem nih, Hihi. Stress, tekanan tu biasa laaa kan, lau takmau tertekan takpayah belajar arr kan. huhu. Aku nak ceqhita dari mana eh? huhu

Teman sebilik

Hah! start dengan rumet dulu. Sem nih aku stay bilik 4 orang. Ya, bukan orang yg sama macam sem lepaih. Huhuhu Dua orang budak junior, Amalina, Anis and sorang lg sama batch dengan aku Diana. Alhamdulillah depa nih baik sangat, lebih kurang macam Hawa dgn Mira dulu. hehe. Selalu beli makan malam dekat aku. Padahal kalau dkt kolej aku jarang makan malam, makan sekali jaaa sehari.. Tapi bila dok dgn depa nih, selalu jugak makan malam. hahaha.. Mula tu kami dok Masria4 bilik 4orang, tapi before CNY tetiba pihak kolej soh tukar pi Masria3. Bila kami semo turun pi bilik kolej rupanya bilik yg dkt Masria3 tu bilik untuk 2 orang. Huhu time tu semo pkat pening nak dok dengan sapa. Then kami decide kami pecah aku dok dgn Diana. Anis dan Amal dok sekali. Dah settle yg tu kena pikir plak nak angkut barang tu. Huhuhu. Barang aku arr paling banyak, tu yang sakit sikit nak berpindah randah tp depa tolong gak angkat barang barang aku. Bilik kami sebelah menyebelah jaaa. Hihi. And start from that, bermula laa hidup aku kat kolej and sebenarnya nih first time aku dok bilik dua orang. Best laaa jugak tapi kadang kadang sunyi.
















Subject

Macam biasa subject aku takkan lebih dari lima subjek. hihi. Sem nih aku belajar Operation Managament, Entrepreneur, Transport, Internationa Business and lastly Insurance. Overall aku rasa semo subject sem nih sederhana. Tak susah and tak dak laa senang sangat. Aku plak jenis memang kena balik buat nota, latihan aku sendiri kalau aku tak buat benda benda nih memang aku totally lost arr.. Huhuhu. Sem nih yg ada project,   ENT arr, subject yg paling banyak student amik. Kami kena buat create buiness plan. Business plan tu permulaan kalau kita nak buat bisnes lebih kurang macam guideline. Mula tu kelas kami dapat lect perempuan. Madam Rusyda, tapi nak dekat pertengahan sem, tukar plak lect. Time tu jangan kata arr, semo budak kelas gelabah, takut sbb dari awal lect yg lama tu dok ikut progress business plan. Tapi Madam banyak kali pesan, kalau ada salah paham dengan lect baru jangan pernah argue. Selesaikan dengan cara elok sbb bila kita baik dengan lect, lect pon akan baik dengan kita. Tengok tengok lect ganti tu lect lelaki. Ampa taw dak kelas kami tak pernah dapat lect lelaki muda dari part1 sampai part5, nih kira first time okkk. Hahaha Seriously, Sir Syafiq sempoi sangat sangat. Banyak experience yang dia share dengan kami. 












Kesayangan

Aqilah, Afiqah, Fina. Nama nama nih tak mungkin aku akan lupa seumur hidup aku. InshaaAllah. Dulu masa Part1, kami ber-empat tak dak laa rapat sangat. Masing masing ada geng sendiri. Tapi Part3 kot kalau taksilap kami dah mula rapat. Nih laa member group asaimen, nih laa jugak member shopping and ni jugak member selfie. Susah payah siapkan project kami sama sama tanggung. Berjimba di shopping mall pon kami ber-empt jugak. HEHE. Terlalu banyak sangat memory sampai aku tak bole nak taip sesatu. Bila ada test, final exam, aku dengan pikah mesti masing masing bagi kata semangat, tanya dah study sampai mana dah. Mesti nanti akan rindu semo nihh. sobsobsob :( Antara kami ber-empat, aku sorang jaaa takpenah drive sendiri bawak depa jenjalan. Huhuhu. Sem nih aku dgn Qilah naik moto jaaa pi kelaih. Hihihi. Hari tu cuaca panaih sangat sangat, sampai masuk paper. Kulit muka aku dgn Qilah sampai melupaih. Tapi bila kami naik moto pi kelaih melupaih tu kurang sikit sbb tu yang sampai final exam kami pi dengan moto. Hahahaha. Selalu kalau ada apa apa, aku selalu dengan Qilah. Sampai hari tu Madam Adznida tegur yang selalu jumpa kami berdua berjalan sekali. Hahaha. Alhamdulillah, kami still baik sampai sekarang, benda yang aku takut adalah kalau satu hari aku gadoh dengan orang yang aku sayang. Banyak sgt member member lain yang mulanya rapat tapi sekarang dah tak bercakap. Mudahan mudahan dijauhkan. Aku sayang kawan kawan aku !














Teman seperjuangan

Tiga tahun kami belajar sekali, subject yang sama, lect yang sama, kelas yang sama.  Member member kelas yang baik and sempoi sangat. Sama sama hadap final project, asaimen, test, quiz. KBM 111 (B) akan selalu terpahat dekat hati Alia Syahira. aicehhh, Hihi. 




















Final Exam

Final exam kali nih busy yang amat sangat. Dah laa sem nih takdak study week. Test pon dekat dgn final exam. Aku, Qilah, Fina, Pikah siap buat jadual lagi sbb pack sangat sangat time last week tu. Rasa macam kami tak mampu nak hadap. Huhuhu. First paper hari tu subjek ENT. Pulun jugak laa study sampai habes. Dah laaa aku nih jenis kena baca berulang ulang kali. Lau baca sekali macam tak melekat dekat otak. haihh! Ada tiga hai ja kot gap nak pi paper Inter.Bis. Bila dah study subject tu baru taw yang subject tu tough. Dari awai sem Miss yang ngajar subject nih baik sangat sangat sampai takdak Test2. Tu yang time final exam jadi kelam kabut, Huhuhu. Sampai satu tahap hidung aku berdarah! Esok tu ada paper, dah paper pagi plak tu. tetiba pagi tu aku bangun hidung aku keluar darah. Tapi time dok study tengah malam tu, memang kepala aku sakit sangat. Pagi tu aku bangun mandi, takut memang takut. Macam macam dah aku pikiq time tu, rasa nak teqeyak. Aku cuba pikir positif sbb aku dah set dalam diri aku apa apa jadi pon aku mesti settlekan jugak paper nih. Amboih, dah rasa macam perang pulak. Hahahaah. Alhamdulillah, paper pon macam okay. tapi bole laa jugak jawab hari tu. 
Syukur sangat  :)

Allright, nanti aku sambung lagi okkk ! Doakan result kami 15hb nih
Terima Kasih!

Mehh usha gambaq time final exam ! Hihi


























Baiii. Assalamuaalaikum :)

























Monday 17 November 2014

The End | Sem5

Assalamuaalaikum 

Apa habaq sedaqa sedaqi sekalian. Sedaqa sedaqi sekalian sihak dok? Ada sakit kee? ada demam kee? Huhu. Mudah mudahan cepat sihat yee. Sekarang aku tengah cuti sem dah nama pon cuti kan, keja laa woi. hehe. Org cakap masa muda nih laa kita nak grab pengalaman. Tak gitew? 


Ahaa dah masuk 20 hari dah aku keja. Keja pon boring sangat tahap terok. Haha tapi sokey sokey demi wishlist aku, aku kuatkan semangat jugak. uhukk. Tanggal 12hb hari tu sangat laa mendebarkan, mengecutkan perut, liang liang roma dan semonya laaa for student diploma UiTM 1Malaysia. Sebab apa eh? Sbbnya result dah keluaq. Pukul 12tgh malam tu pon actually dah bole check. Aku jee jenis penakut nak check. Haha. bilaa aku buka fb, moment, twiderr malam tu  semo dok update pasal benda ni dah. Stressss aku! Nak tidoq pon taksenang. Dalam hati takpayah cakap arr, doa sampai tertidoq *typical student nak amik result baru nak doa* Ampa jangan dok ikut laa yang takelok tu. Uhukk. Seriously, dari semester 1 aku takpenah check result malam thru email. Tunggu esoknya hari baru aku check, kali nih aku terpaksa check kat tempat keja sbb hari tu aku keja. Huhu huntong laaa ampa dok umah goyang kaki cukup bulan dapat duwet :p


Esoknya hari bila dah sampai tempat keja, aku siapkan keja aku dulu. Then baru aku check. Takut mmg takut, tapi apa apa keputusan pon kena terima arr. Huhu takkan nak buat gila meroyan takmau terima hakikat. Dgn berbekalkan ayatul Qursi and segala doa aku pon check laaa.Hehe Aku mmg tawakal dah time and nih untuk semester nih




And Alhamdulillah! Syukur sangat , time tu rasa macam nak panggil orang nak share happy aku, tapi realitinya aku sensorang kat tampat keja tu. Huhu. Then balik umah baru bgtaw mak ayah. Hepi sangat sangat tengok mak ayah senyum lebar. Kebahagiaan mak ayah takbole beli dengan duwet sai-yang!


And and and jgn lupa Nad a.k.a Tokcot mesej aku tanya pasal result nih, and dia cakap dia DL jugak. Wahhhhh Alhamdulillah, rasa time tu nak keluaq sekali makan puas puas. rasa macam semalam baqhu habeh exam. arkkk! Tahniah sai-yang, you deserves that. Dia laa only one member kelas zaman sekolah yg still dok contact bila dah start sem and kami akan gelak terok bila cakap tepon and dia paham sangatt bila aku buat "CallMeBack" dia selalu akan call balik sbb dia taw aku takdak kedit Hehehe Seriously rindu zaman gegila dulu!

Okay laaa. nih jaa kot untuk penghabisan semester5. Sem yang banyak main dgn ayaq mata. Huwaaaaa okkk buat terokkk. Bubye. Nakk balik umah!

Assalamuaalaikum
Jaga diri sai-yang!
Doakan aku selalu 
Jzkk

Sunday 28 September 2014

Hashtag Final Exam

Assalamuaalaikum wbt.


Awakk awakk semua sihat ke ? Dah lama rasa aku dah tak update belog. Campuq tolak lebih kurang 79 hari jugak laaaa. Mak aiiii. dah 2bulan lebih. Dalam 2bulan tu macam macam benda yg jadi. Ada yg hepi ada yg tqeyak. Huhu. Biasa la kan, adat hidup laa ada turun ada naik kan kan. Cuma depends kat diri sendiri jaa macam mana kitee nak hadapi nyaa kan.



Sebenarnya kann, aku taktaw nak update apa malam nih. Hahaha. Td bukan main macam macam aku nak update, Tetiba jd blank cenni. Huhu. Life aku kat sini okay okay jaaa. Macam student lain jugak. Sekarang nih dah musim #finalexam. Ptg td aku baru abeh second paper which is Malaysia Eco. First paper hari tu Human Resources. Hmm, masuk semester 5 ni dah banyak yg berubah. Dari ke bilik, roomate sampai laa cara aku study. Kadang kadang aku sedih jugakk. Rasa macam aku sesorang jaa. Ya arr. Setiap kali ada test, quiz memang dah jadi kewajipan laa aku keluaq dari bilik and study tempat lain. Hmm. maybe salahnya dtg dari aku sbb dah jenis aku bila aku study, aku takbole dangar bunyi . Rasa macam otak aku bercampuq. Hahaha. Nak habaq kata terok sampai tahap macam tu. Hahahah. 

Sokey sokey, inshaaAllah, Allah tolong aku. Allah banyak mudahkan urusan aku. Dulu time aku part 1, 2,3 selalu jugak bila final jaa mesti penuh bebudak dekat bilik study, surau. Dlm hati aku time tu terpikir gakk, cenna la depa nih study. Apasal tak study dlm bilik jaa. Dulu aku selalu pikir nak dtg bilik study or surau nih susah laa pastu bercampur dgn banyak orang. Better study dlm bilik. Tapi sem nih baru aku nampak napa certain student akan study selain drpd dekat bilik. Betol cakap orang, kita akan paham bila kita alami sendiri benda tu kan. Alhamdulillah, mungkin dulu aku dok level atas, jadi aku akan rasa susah laa nak turun naik ke bilik study, tapi semester nih Allah permudahkan urusan aku, Allah letak aku level bawah. dekat dgn surau, bilik study sbb Allah tahu dan Allah kenal kemampuan diri kitee. And then, bila dah terbiasa study sana rasa macam tak bole dah nak study kat bilik. 

Bole dikatakan satu sem nih aku study dekat bilik study tak pon dekat surau. Sepanjang musim #finalexam nih memang aku akan bangun awai, pastu gerak p bilik study takpon surau, then kul 3pg plak baru balik bilik. Huhuhu. Bukan aku sorang jaa, banyak lagi bebudak study sana and ada yg dah jadikan surau tu tempat tinggal tetap kat sana. Hahaha.. And everything going smoothly sampai dah final exam pon still melekat kat sana, kadang kadang sampai tidoq sana baq hang. Huhu. Dua hari kot aku taktidoq atas katil, dua hari aku takjumpa bantal ulat aku. Semua sacrifice tu demi paper ECO yg ptg td tue. Huhuhu. Bukan nak kata laaa, semua member member aku study hard kot untuk paper Eco nih. Alhamdulillah, ptg td exam, bole laa jugakk kitee buat. Takdakk laa sampai kosong teruih otak nih bila tengok paper.

Then, malam tadi keluaq makan dgn Kak Dian, Hawa, Mira. kitee makan char kuey teow ayam. Agak sedap laa. Rasa macam char koey teow lerrr. Pastu balik tu, aku kemaskan baju baju aku, settlekan yg mana kena basuh sbb berapa hari nih asyik tengok buku jaa, sampai yg lain pon terabai. Huhu. Dah taw dah jenis cenni, takmau laaa kahwin time study. Hahaha. Tetiba mention kawen. Sapa nak kawen nih woiii?! Huhuhu. Esok bajet nak pikiq jadual untuk allocated hari nak study untuk paper Finance and Organizational Behaviour. Ada gap 9hari untuk next paper. Tapi inshaaAllah khamis or jumaat nih aku balikk umah. Ahad kan ghaye haji. Lama woii aku tak balikk umah. Rindu orang langkawi sesangat. 

Nih jaaa lahh untuk pagi nih. Aku dah taktaw nak taip apa, Mengantok dahh woii. Ingat nak tidoq awai laa tadi, tapi dok mengarang yg nih plak sampai pukul 3 pg. Aigoooo




Bye. Assalam. Doakan kitee kitee dekat sini yee  :)


Friday 11 July 2014

Fasa baru. Aouchhhh =)


Assalamuaalaikum wbt.





Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk bernafas lagi hari nih. Pesan Imam Ghazali, "..Allah menghidupkan aku hari ini, sebab masih banyak dosa aku dan beri peluang untuk bertaubat.."

Apa khabar sayang sayang sekalian? Rindunyaa serious rindu sebab last aku update time cuti semester hari tu, update pasal result. After that, dah takdapat nak update apa apa, sbb my laptop rosak, keyboard buat hal. Takbole tekan bagai. Haishhh. Padahal banyak kot aku nak update time cuti semester dulu. Aku masak macam macam. Nak update la konon sbb gambar apa semo dah amik, tp laptop plak buat hal. Huhu. Sokey sokey, maybe takdak rezeki aku kot time tu kann..

Ampa semo dah sahur ke? Soq makan apa ja? mesti makan best best kan. Huhu. Aku kat sini ja makan taktentu hala. Yang pasti air milo memang dah wajib bila sahur. Tadi aku buat cornflakes plus air milo. Cuba cuba ja ganti dgn air milo. Hmm, not bad laa. Alhamdulillah. Selalunya milo cicah roti kering ja. First time la semester nih aku tak makan nasik. Sebab selalunya aku akan prepare nasik tgh malam tu untuk makan soq. Dulu aku ingatkan kalau takmakan nasi, nanti siang mesti letih plus taklarat nak buat keja apa apa. Tapi sem nih lain sikit. Selama 14 hari puasa nih aku makan nasik bila time berbukak ja. Hee. Bila pikir balik, ada baiknya jugak. Haha. Kita tengok result time raya nanti. Heee.

Dah sebulan lebih dah masuk semester baru. Sekarang aku dah semester 5. Kiranya dah 2tahun lebih aku study sini. Cepat ja masa.  Alhamdulillah, everything going smoothly. Bohong sangat la kalau takdak apa apa dugaan. Setiap orang dugaan dia berbeza beza. Setiap semester dugaan dia lain lain. Depends pada diri nak hadapi macam mana kan kan. Cuma mudah mudahan semester nih berjalan dgn baik. Subject subject sem ni memang tough, biasalah dah part 5, takkan subject makin senang kan, Huhu. Ada lima subject which is, Investment, Malaysian Eco, Creative and Critical Thinking, Human Resources and Organizations Behavior. Majoritynya semo kena hafal baq hang. Persoalannya mampu ke lagi otak aku menerima input input semo tu? Huhu. Yang penting kena prepare kismis. Tu pon membantu jugak, Serious ! Hokey, minggu lepas aku baru ja abeh exam muet. Ntah apa la yang aku jawab. Haha. takmau pikir, yg penting yang tu dah settel. Hee. Mudah mudahan result okay la ye. Aamin. Letih jugak la kena ulang alik dari Merbok - Langkawi. Huhu.. Nvm, tu semo pengalaman. Maseh la kat Fitri , sbb encourage aku untuk buat muet time cuti dulu. Hukhuk. Sekarang nih dah takmcam dulu. Aku duduk kolej Mahsuri plak. Semo senior stay situ. So, memandangkan rumet rumet aku yg dulu pon dah duk umah sewa, tinggalah aku sorang sorang terkontang kanting kat kolej. Haha. Semester baru, rumet baru. Buat masa sekarang takdak apa lagi, Alhamdulillah, semo rumet okay. Aku dok dgn Aqilah semester nih. First tu memang macam takut jugak sbb rumors said, majority yang duduk dgn classmates ni mesti akan bergaduh. Aku takut benda tu jadi. Mudah mudahan Allah jaga ukhwah kami nih. InshaaAllah. 

Okay ! Dah settle pasal study, kolej bagai. Now, nak bagitaw, Aku dah dua puluh tahun woi, dua puluh tahun. Haha. Tanggal 3July, *tanggal kau* Haha.. pukul 12.00a.m, secara rasminya status umo aku bertukar kepada puluh puluh. Aaummm. Fasa baru, alam baru. and aku nak jadi someone yang baru. Haha. Aku impikan permulaan 20tahun nih akan jadi kenangan terindah untuk aku dan dah tiba masanya aku perbaiki diri. Takkan selamanya kita nak di tahap yang sama kan? Orang yang berkerja pon akan naik pangkat bila tiba masanya, so sama la kita as hamba which is hamba kpd Allah S,W,T. Takkan kita takmau upgrade level kita disisi Allah kan sedangkan kita akan kembali kepadaNya dan itulah yg kekal. Takdapat hidayah lagi?? Awakk, ini bukan masalah takdapat hidayah ataw tak, ini semo depends pada kesedaran diri sendiri, hidayah Allah dah sampai lebih 1400 tahun dulu, cuma kita ja tak sedar. Aku selalu ingat ayat nih, paksa diri buat kebaikan, sbb dari keterpaksaan inilah akan lahirnya keikhlasan. Kalau nak tunggu kita ikhlas, sampai bila? Mana taw umor kita takpanjang. Kita nak jawab apa kat sana. Aku pon takbaik mana, ada ja salah yang aku buat tiap tiap hari. Tp kita boleh improve diri kita melalui kesalahan yg kita buat okk. Semo orang bole jadi lebih baik, semo orang ada peluang untuk memperbaiki diri. Hargailah peluang yg ada disekeliling.

Okay okay. Aku dah ngantok sangat sangat nih, malam td tidoq pukul 3pg taw dak. Then, bangun kul 5:30 pg sebab dok siapkan asaimen investment. Huhuhu..letih. But, wait a minute, meh tengok gambaq gambaq kami dulu. Kami release tension macam nih. Hahaha. 












Okay. Nanti aku update palu palu lagi kk. Hewhew.
Ahaaa ! Jgn lupa mohon doakan saudara kita di Gaza. Hanya doa yang kita mampu :'(
#Pray4Gaza #Pray4Palestine #Pray4Syria dan untuk semo umat umat Islam di atas muka bumi ini. 

Assalamuaalaikum :)