Saturday 9 February 2013

Kewajipan itu =)

Assalamuaalaikum
hohohohoho ~
i'am at home bebeh !
lepas segala penat lelah letih bila balik umah ni *ayat teruk disitu*



Aku amik teksi dari uitm pastu p stesen bas, dalam 1:30 baru bas gerak.. ya Allah, ngantok gila duk dalam bas tue, nak tido takut..haha..pikir bukan-bukan..takut kalau ada orang amik beg aku ka..padahal ada 2beg ja pong..haha.. nasib baik fon duk bunyik jugak, xdak la aku mengantok sangat. hahaha *maseh abi* hah ! tapi mata aku ni memang xtahan gak, memang ngantok gila, pastu aku tertido, tapi selang berapa minit aku terjaga..duk main bangun tidoq, bangun tidoq cam tue.. letih aku -,- then, ada sekumpulan budak-budak sekolah menengah agama kalo xsilap aku.. sebab semo pelajar pakai tudung labuh, pastu ada sorang tu duk sebelah aku. aku macam nak tegur tapi berat plak mulut aku masa tu.. wakakakaka ~ *depa, kecik-kecik dah dilatih pakai tudung labuh, means dah selesai satu kewajipan iaitu tutup aurat dengan sempurna, kita bila lagi ? insyaAllah, will be :) then mata aku pown dah xlarat nak pejam, so, bas pown sampai la kat pekan rabu, cepat2 aku amik beg turun bawah, sat g kalau dok wat lambat lambat, xpasal2 bas tu jalan.. xke malu aku nak kena jerit suruh berentii.. no way ! hahahaa..

aku pown tunggu la kat tempat duduk tu..macam-macam ragam manusia aku nampak disitu.. aku bukan nak tunggu bas ke kuala kedah pown, aku nak amik teksi,.kalo aku tunggu bas, lambat plak nak sampai kuala kedah..  hah ! waktu tu aku lapaq terokk..huhu.. kat uitm tadi xsempat nak makan pong..  ini semo disebabkan someone :( arghhhhh ! dengan tidak mngambil masa yang lama, terus aku menghala ke gerai kat situ.. hahaha.. 2cucuk fishball, 1 cucuk nugget, tambah milo ais satu. ha ! ambik melantak la kat situ.. hahaha.. tapi xabeh sebab fishball yang satu cucuk tue xberapa nak bole telan *xdap* hahaha.. mungkin aku xlalu kot yg tu.. then aku amik teksi terus ke kuala kedah, pakcik tu cakap RM20 hinggit. okay ja la aku pown. tu ja la yg aku bole cakap wat masa tu, naik teksi mana bole mintak diskaun, ampa penah wat ka ? kompem xdak yg penah wat.. kahkahkah.. dalam teksi tu, pakcik tu cerita pasal  anak dia, baru abeh wat degree kat uitm shah alam, course logistik.. aku tanya lelaki ke permpuan anak dya tu? dya cakap lelaki..  then pakcik tu cakap anak dya belajar dya jugak teruk.. yala, dia kena support semo kat anak dya, 3hari sekali kena antar RM50 kat anak dya, sebab?? hmm, ada lah masalah tertentu yang xmungkin aku coretkan kat sini..... anak dya sekarang dah wat praktikal..

then, aku plak cerita pasal family aku kat pakcik tue.. rasa cepat ja perjalanan ke kuala kedah bila duk bertukar-tukar cerita mcam tue, xsampai berapa minit, sampai la kat pintu masuk kuala kedah.. pakcik tu pesan suruh kimsalam kat ayah *aku dah pown cakap kat ayah* heeee. nama dia pakcik amir.. masuk ja jeti tengok-tengok line panjang baq hang, banyak orang beratur nak beli tiket..huhuhu.. tngok jam dulu.. aha! sempat lagi feri kul 4:30.. dah abeh beli tiket.. masuk kat tempat duduk.. mak aiii ! penuh manusia dalam tue.. pening kepala aku -,- pastu beli mineral water  tambah twisties. melantak lagi tapi untuk dalam feri nnty.. hahaha.. then, dengan bersabarnya aku tnggu feri sampai, xlama lepas tu ada announce yg feri 4:30 dah sampai.. dengan pantasnya aku terus ke pintu keluar.. hahahaha.. xlarat nak tunggu orang berjalan dulu, dah la beg aku berat ampa taw dak. huhuhu :( pastu semo orang terkodek-kodek keluar dari jeti nak p ke ferri.. and i'm the one of them. hehehe..  nak dipendekkan cerita semo orang dah masuk then ferri tu bergerak .. bajet nak sampai kul 6 taw, tapi feri tu bergerak ala-ala kekuraan... 6:30 baru sampai langkawi.. tenang hati bila sampai Langkawi, hilang semo beban yang kat Merbok tu.. hahahah..



************************

*daripada ni aku boleh nampak betapa gigihnya seorang lelaki yang bernama ayah mencari rezeki untuk anak-anak dan keluarga kat umah. Tanggungjawab seorang lelaki sangat besar, sebab tu seorang lelaki tu kena ada iman yang kuat, hati yang tetap untuk bimbing diri dia dan jadi pemimpin bagi keluarganya :)
untuk cik awek awek yang single, cari suami yang dapat jadi iman kamu yaaa ^,~

okehhh. bubyeee . Assalamuaalaikum
xoxo