Wednesday 14 November 2012

Awak ! Awak berubah ya =)

Kedengaran bunyi nada dering melalui Sony Xperia kepunyaan Safik , menandakan satu pesanan ringkas telah diterima, timbul tanda tanya dalam hatinya "manusia mana yang hantar mesej malam-malam buta macam ni" . Tidak sampai beberapa saat, telefon tersebut telah berada dalam tangannya dan dengan segera dia menyelongkar peti masuk telefon itu. Satu nombor yang tidak dikenali tetapi dia tetap membaca mesej tersebut. Safik agak terkejut kerana mesej itu berunsurkan keislaman dan hatinya tiba-tiba luluh apabila membaca isi kandungan mesej tersebut. Dalam keheningan malam, tiba-tiba dia terasa air matanya menitis,    " Ya Allah, terlalu banyak dosaku padamu" merintih Safik dalam hati. Pada masa yang sama, hati milik seorang pemuda ini meronta-ronta ingin mengetahui siapa pemilik nombor tersebut  "aku akan pastikan aku berkenalan dengan tuan empunya nombor ni" kata hatinya .

p/s: xabehh lg story neyy . nanty aku sambung . bubyee..  Assalamuaalaikum

No comments:

Post a Comment